Selasa, Julai 04, 2006

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar STPM SMK Putra tahun 2005 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA seluruh Malaysia. Semoga kejayaan kalian menjadi perangsang kepada anak-anak di Lembah Darau ini untuk turut mencipta kecemerlangan. ROSMAIZA, HAFIZAM, NOR AIDA DAN AMIER AZWAN DI UPSI, JADILAH GURU YANG DEDIKASI DAN KOMITED. KEPADA ASFARINA, LIYANA, YUSOF, NORASIAH (UIVERSITI MALAYA), WALAU DI MANA KITA BERADA, KITA MESTI KEKALKAN KECEMERLANGAN DAN JANGAN LUPA AKAR KITA. JUGA KEPADA NORAINI IBRAHIM (UUM), SITI FATIMAH (UUM), SITI KHATIJAH (UPM), SURIANI (UMS), WAN NOR IZAH (UKM), YUSHAFIZA (UNIMAS) DAN NUZULAZWAN DI USM.

3 ulasan:

enie berkata...

assalamualaikum.. cikgu..
kami ni, noraizah dan noreaini dari upsi. Kami sebenarnya hanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana ilmu yang cikgu berikan pada kami. Berkat ilmu itulah kami dapat menjejakkan kaki di upsi sekarang ni. Tahniah pada adik-adik yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Cikgu, susah juga belajar Bahasa Melayu ni. Semester 3 ni kami ambil kemahiran komunikasi dan morfologi. Ingat masa zaman sekolah dulu.Semasa mengambil subjek kemahiran komunikasi, kami terpaksa belajar untuk berani bercakap dihadapan ramai. Takutla.. Tapi terpaksa memberanikan diri. Mungkin untuk permulaan ni je kot rasa takut tu, bila dah lama-lama nanti mungkin kami akan biasa.. Hehehe...
kami diwajibkan mengambil subjek minor semester ni. Saye ambil ekonomi, noraizah ambil geografi, aziharikman ambil bahasa melayu dan adli ambil sastera.
setakat ni dulu,lain kali kami tulis lagi..
insyaallah kami akan teruskan usaha

Izzati-6A2- berkata...

sayer tahu yang sayer ni bukannya pandai sangat.tapi atas dorongan cikgu dan kejayaan senior2 yang lepas2,sayer rasa lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam stpm 2007.terima kasih cikgu kerana sudi mengajar sayer.jasa cikgu takkan sayer lupakan sampai bila2...a tribute 2 cikgu fariza nurbaya.Thanks a lot.:D

Tanpa Nama berkata...

OK LER TU ADUHAI CIKGU FARIZA NURBAYA.DAH DAPAT ANUGERAH EXXON MOBILE TU KENALAH KUAT SEMANGAT LAGI...JANGAN AMBIK POT APA-APA YANG CIKGU LAIN JELES KAT KITER TUH.OK, SALAM BUAT CIKGU FENDI DAN ANAK-ANAK.