Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 10, 2011

SEMINAR INTERNASIONAL KE-3 PEDAGOGIK PRAKTIS YANG BERKUALITAS

Tanggal : 4 & 5 Juni 2011
Tempat: Balai Pertemuan, Universitas Pendidikan Indonesia, Jl. Dr Setiabudhi No 229, Bandung Indonesia.

Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung telah berjaya menganjurkan "International Seminar and Workshop" dengan tema "Excellent Practice Pedagogic". Seminar ini mendapat kerjasama dua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand. Pelbagai kertas kerja tentang pengajaran dan pembelajaran yang menyenangkan (PAIKEM) telah dibentangkan, antaranya oleh Prof. Fatimah Saleh dari USM, Prof. Madya Dr. Hashim Othman dari USM (Presiden PPBMM), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dari UPSI (Penasihat PPBMM) dan Puan Zanariah Abdol dari Sekolah Menengah Sains Johor. Di sini saya bertemu dengan Tuan Haji Razi Bensulong, Pengarah Thamavityamuniti School, Yala, Selatan Thailand. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pengelolaan Pembelajaran PAIKEM di Thamavityamulniti School, Yala. 
Para pembentang

Profesor Emeritus Abdullah Hasan
Tuan Haji Razi Bensulong, Pengarah Thamavityamuniti School, Yala Thailand
Saya terlibat pada hari kedua seminar iaitu untuk sesi perbengkelan yang diadakan mengikut mata pelajaran. Bagi bidang bahasa, saya mewakili Malaysia dan diberi peluang untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman tentang kaedah pengajaran yang kreatif, efektif dan menyeronokkan (PAIKEM) yang menjadi amalan saya di dalam bilik darjah. Sokongan dan sambutan peserta yang rata-rata terdiri daripada guru-guru sekolah dasar seluruh Indonesia cukup menggalakkan. Mereka turut bernyanyi dan mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memikat.
Para peserta bengkel

Praktik PAIKEM

Saya mengharapkan agar lebih ramai peserta dan pembentang dari Malaysia akan turut serta dalam seminar antarabangsa seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang terutamanya bagi mata pelajaran lain, selain bahasa. Sesungguhnya banyak perkara baharu yang dipelajari daripada kertas kerja dan bengkel mahupun daripada perkongsian maklumat dengan peserta-peserta tuan rumah.

Bersama Profesor Emeritus Abdullag Hasan dan Puan Zanariah Abdol (SMS Johor)
Tarian tradisonal Indonesia



Saya kagum akan kesungguhan guru-guru Indonesia yang sanggup berhabis masa dan wang ringgit untuk mengikuti kursus-kursus dan program peningkatan ilmu seperti ini. Suatu cabaran besar buat guru-guru di Malaysia yang sebahagiannya masih berkira untuk mengeluarkan duit poket sendiri menghadiri kursus dan seminar apatah lagi jika kita bandingkan dengan gaji guru-guru Malaysia yang jauh lebih tinggi daripada gaji guru-guru di Indonesia.
Para peserta seminar






Buku prosiding

Kata pengantar

Khamis, Mac 17, 2011

Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu Terengganu 14 - 16 Mac 2011




Pemandangan dari Tingkat 12 hotel tempat berlangsungnya seminar.

Laut China Selatan tenang sahaja, menafikan ura-ura bahawa tsunami kecil akan melanda pantai Terengganu setelah Pantai Batu Burok berlimpah-ruah airnya hingga ke jalan besar. Alhamdulillah, Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu yang berlangsung selama 3 hari (14 hingga 16 Mac 29011) di salah sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada peserta luar dan dalam negara.

6 kertas kerja utama telah dibentangkan, iaitu daripada Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia sendiri, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu Beijing Foreign Studies University, Prof. Dr Awang Sariyan dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Teo Kok Seong. Pembentang kertas kerja dari luar negara pula terdiri daripada Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung, Prof. Dr H.Sunaryo Kartadinata, Pensyarah kanan, Universiti Medan, Sumatra, Prof. Dr Khairil Ansari dan Pensyarah Kanan, dari Songkhla Nakarin University, Thailand, Dr Abdullah Karina.

Sekarang bukan masa untuk merintih dan meratapi nasib bahasa kita, sekarang masa untuk bekerja dan terus berusaha memartabatkan bahasa Melayu. Kesedihan dan kepiluan tidak akan membawa bahasa Melayu ke mana-mana; mari perkasakan pendidik bahasa Melayu, semoga usaha untuk membentuk jati diri generasi muda akan tercapai, bukan tergapai-gapai.


Pertanyaan dalam hati kecil saya: Ke mana pergi guru bahasa Melayu dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Terengganu yang sekian ramai itu hingga tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu ini?