Isnin, Jun 11, 2007

Setahun Sudah Berlalu..... 23 Jun 2006 tetap kekal dalam ingatan.

Titipan kata daripada adinda Hamilah.....
ayahanda, engkau selalu dekat di hati kami
terasa masih tercium bau wangianmu seribu bunga dari souq azzahra'
selangkah kami ke rumah Allah di sana,
engkau menitipkan pesan itu"anakanda, carikan pa minyak wangi seribu bunga dari celah kedai yang termasyhur insya-Allah ada di sana"
.......aahhhhh, rindu sungguh aku padamu
terasa benar engkau di hati kami
yang sentiasa mengalir dalam aliran jiwa kami...

daripada anakmu yang lenja, 5 jun 2007

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami harap cikgu tabah dan kuat semangat.perjuangan cikgu sebagai guru sangat kami hargai.semoga cikgu cekal menghadapi hari-hari yang mendatang.kami sayang cikgu.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.namun kami tetap sokong cikgu sampai bila-bila.terima kasih cikgu!