Puyu-puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
Cantik manis barang lakunya
Serta dengan budi bahasanya
Pantun ini dipetik dari buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan DBP. Sebahagian besar daripada kita barangkali telah lupa kepada pantun tentang budi dan bahasa ini. Apabila kita dikejutkan supaya menjadi bangsa yang maju; dari bertani kita mahu menjadi orang industri maka sedikit sebanyak nilai-nilai asal usul telah terhakis. Lagi pun banyak yang mempunyai persepsi budi dan bahasa sudah tidak lagi mempunyai nilai komersial.
Di dalam kolam konon tempatnya
Cantik manis barang lakunya
Serta dengan budi bahasanya
Pantun ini dipetik dari buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan DBP. Sebahagian besar daripada kita barangkali telah lupa kepada pantun tentang budi dan bahasa ini. Apabila kita dikejutkan supaya menjadi bangsa yang maju; dari bertani kita mahu menjadi orang industri maka sedikit sebanyak nilai-nilai asal usul telah terhakis. Lagi pun banyak yang mempunyai persepsi budi dan bahasa sudah tidak lagi mempunyai nilai komersial.
Apabila kampung menjadi kota atau orang kampung yang mencari hidup di kota, hambatan untuk hidup seolah-olah memaksa kita melupakan nilai-nilai kampung. Kadangkala kita sengaja mencari alasan kerana pada sangkaan kita orang kota mesti ada lagaknya sendiri. Barangkali juga kita terlupa bahawa Jepun misalnya jauh lebih maju daripada kita, tetapi tidak wujud Jepun kampung atau Jepun kota. Jepun akrab dengan tatasusila dan budi bahasa mereka. Berbudaya dan berbudi bahasa tetap membuatkan Jepun maju.
Jadi tidaklah rugi kalau kita berbudi bahasa seperti orang kampung (Sedikit gusar: adakah orang kampung masih tinggi budayanya, kaya budi bahasanya?) Tidak ada siapa yang menganggap kita kolot. Malah orang yang beranggapan begitulah yang kolot sebab mereka melihat pada lingkungan yang sempit.
Mujurlah sekarang kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang dicanang oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan adalah satu gelombang yang diharapkan akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini. Rupa-rupanya kita telah jauh meninggalkan warisan ini. Buktinya pada awalnya kempen ini dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pihak padahal ini satu gagasan besar untuk menjadi bangsa yang berbudaya. Terlalu parah agaknya nilai budaya dan budi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini hingga terpaksa dilancarkan kempen segala!
Ruang litup falsafah Budi Bahasa Budaya Kita sangat luas. Tetapi ini tidak bermakna kempen tersebut suatu yang tidak tergapai dek tangan. Kita boleh melihat `budi bahasa' pada tahap-tahap yang relevan dan praktis dalam kehidupan seharian. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita. Tetapi untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa sangat mudah dilakukan, misalnya tika menyambut dan melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.
Budi pula akan kita terima dalam pelbagai bentuk dan cara, misalnya apabila ada yang hadir hidup kita dan mengusir duka dan lara juga adalah budi dan tentunya dengan bahasa yang menyenangkan kita. Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.
1 ulasan:
Kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan satu-satu bangsa. Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za’ba dalam salah satu karangan beliau.
Menurut Za’ba lagi, kemunduran orang Melayu adalah disebabkan sebahagian besar dari mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri. Orang Melayu lemah cita-cita. Orang Melayu kurang hemah. Orang Melayu terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Pada hari ini, orang Melayu tidak mundur sebenarnya, tetapi tertinggal.
Mereka sepatutnya menjalankan bahagian tangunggjawab dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab diri sendiri kepada orang lain untuk menyempurnakannya.
Orang Melayu akan menang secara keseluruhannya dalam apa jua perlumbaan sekiranya setiap dari individu Melayu itu kuat hati, tekun dan sabar dalam menjalankan tanggungjawabnya sendiri dengan bergantung kepada ikhtiar serta usaha dirinya sendiri. Iktiar dan usaha ini pula hanyalah layak digantungkan kepada Allah sahaja.
Tidak dinafikan banyak perkara orang Melayu memerlukan pertolongan. Tetapi setiap pertolongan yang dihulurkan haruslah di terima dengan berpada-pada. Bukan menerimanya membabi buta tanpa memahami apakah keperluan meminta dan menerima pertolongan.
Catat Ulasan