Jumaat, Ogos 15, 2008

Cuti sekolah pun bermula....

Hari ni cuti pertengahan penggal dua bermula. Anak-anak murid sibuk bertanya mana cikgu nak pergi cuti ni. Aikk... depa ni dah lupa ke yang cuti ni cikgu dia ni kena buat kelas kat depa, kena jadi fasilitator lagi untuk kem elit.. nak memenuhi undangan menyampaikan ceramah peperiksaan dan bengkel teknik menjawab soalan lagi... Berkhidmat untuk kerajaan Malaysia nan tercintalah katakan!!!! Awang Rajuk masam mencuka. Katanya, masa cuti ni sepatutnya gunakanlah masa untuk anak-anak. Setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang sibuk mengasuh anak orang. Masa cuti inilah ruang terbaik untuk bersama anak-anak. Memanglah, kalau difikirkan kasihan anak-anak. Ucin tak sampai sebulan akan menempuh UPSR, Acan pula PMR... aduhai, kalaulah guru-guru mereka seperti aku, rasanya anak2ku tidak lagi perlu kuhantar ke kelas tuisyen atau tutorial yang ratusan ringgit belanjanya saban bulan. Walau apapun, cuti ini pasti akan ada masa untukku bersama anak-anak dan si Awang Rajuk..

1 ulasan:

awang rajuk berkata...

masa ialah perkara yang subjektif dan sehingga kini manusia selalu kalah dengan peredaran masa. terima kasih cikgu za...