Jumaat, Julai 24, 2009

Merisik khabar teman-teman Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya Sesi Pengajian 1985-1988.


Kemelut dan nasib yang melanda bahasa Melayu menyebabkan hati menjadi rindu akan teman-teman seperjuangan yang pernah sama-sama menuntut dan mendalami ilmu-ilmu bahasa di Universiti Malaya 24 tahun yang lampau. Ke mana mereka?? Adakah tanggapan dan kasih sayang mereka terhadap bahasa Melayu masih lagi utuh seperti dahulu? atau sudah makin berkurangan sebagaimana berkurangnya kasih orang Melayu terhadap bahasa ibunda mereka sendiri?
Semasa menjadi mahasiswa dahulu, kami pelajar-pelajar Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya berguru dan dididik oleh tokoh-tokoh besar bahasa dan sastera seperti Prof Dr Nik Safiah Karim, Prof Dr Hashim Haji Musa, Dr Abu Hasan Sham, Dr Ismail Husein, Dr Mukhtarudin, Puan Raminah Haji Sabran, Encik Nuwairi Haji Khazaai, En Lutfi Abas(mungkin sekarang sudah bergelar profesor/ profesor madya) dan ramai lagi. Kami dipupuk rasa cinta akan bahasa, mendalami dan menguasai ilmu tentang linguistik dan sistem bahasa termasuklah tatabahasa normatif bahasa Melayu, laras bahasa, linguistik perbandingan, sosiologi dan pelbagai cabang ilmu bahasa yang lain. Dari situ, saya makin kuat berpegang dan berkeyakinan penuh dengan keupayaan bahasa Melayu dalam memperkatakan pelbagai bidang dan ranah ilmu. Dan sampai hari ini, cinta ini masih lagi kekal....

Setelah menyelusuri ruang siber, saya dapat menemukan beberapa maklumat tentang rakan-rakan RBM dan diharapkan kepada sesiapa yang terjumpa blog ini dan mengenali individu di bawah, dapat memberi maklum balas kepada saya. Mungkin melalui ruang siber ini kita dapat bertemu kembali dan mengingati segala nostalgia yang pernah kita lalui dahulu.

1.ABDUL WAHID BIN TAKAT, PENGETUA, SMK TELOK DATOK, BANTING SELANGOR
2.FARIZA NURBAYA BINTI MUHAMMAD – GURU CEMERLANG (BM) SMK PUTRA, JERTEH, TERENGGANU
3.ISMAIL BIN ARSHAD @ MD SAHAD – NAZIR SEKOLAH, JEMAAH NAZIR NEGERI SEMBILAN
4.KATHIRASAN AL/ DORAISAMY – PHd AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
5.ROS HAPIZAWATI SULONG – GURU SMK LELA SEGARA, MARANG
6.SARUL ZAMAN BIN HAJI MOHD LAZIM- GPK KOKO SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR
7.YAHYA BIN AWANG – PENGETUA, SMK JENGKA PUSAT 2, PAHANG
8.ABDUL RAHIM BIN ABDUL RASHID (Mc Gyver)– PENSYARAH INSTITUT AMINUDIN BAKI, CAWANGAN UTARA
9.AHMAD HOURMAIN BIN SULAIMAN, GPK1 SMK PALONG TIMUR, SEGAMAT
10.FARIDAH BINTI HAJI NORDIN – GURU, SMK ENGKU HUSAIN, SEMENYIH, SELANGOR
11.KHUSNAIMAH BINTI HAMDAN – GPK KOKO, SMK METHODIST (ACS) PARIT BUNTAR, PERAK
12.MOHAMMAD AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN – macam pernah kukenal nama ini.. hehehe
13.MOHD SABRY BIN MAHMOOD – SMK Melor, kota Bharu Kelantan
14.NORMA BINTI OMAR – GURU SMK CHERANG RUKU, PASIR PUTEH, KELANTAN
15.RAUDAH BINTI MUSTAFA - GPK1 SMK SYED MASYHUR, BATANG KALI, SELANGOR
16.RAZMI BIN ABDUL RAZAK – PENOLONG KANAN AKADEMIK, SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR
17.RUSINA BINTI ABDULLAH – SMK KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA TERENGGANU - al-Fatihah buat Allahyarhamah Rusina yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2009.
18.SITI HALIJAH BINTI HAJI LAUNGENG – SMK TAMAN UNIVERSITI, SEKUDAI, JOHOR
19.SITI LATIFAH BINTI MISRI – GPK HEM, SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN, JOHOR BAHRU
20.WAN MAIZATUL AKMAL BT WAN ZAKI – SMKA SHEIKH ABDUL MALIK, KUALA TERENGGANU
21.ZARINA BINTI MD ZAIN – GPK1, SM TEKNIK ARAU, PERLIS
22.ALLAHYARHAM ISMAIL BIN ADAM – telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah...
23. MARHAINI BINTI MULIM - GURU, SMK TELOK DATOK, BANTING SELANGOR
24. ZARINA NORAINI BINTI ISMAIL - GURU, SMK HAMZAH, MACHANG KELANTAN
Dan beberapa orang lagi rakan yang tidak dapat ditemukan maklumatnya iaitu:

25.LIM CHU AIK – Melaka
26.NONG AHMAD BIN MAT YASIN –
27.NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN- GPK1, KE Taiping
28.WEE PANG YEW –
29.RAZALI BIN AYOB – Pensyarah Bahasa Melayu, UPSI (Terima kasih buat pelajarku Rosmaiza Hasan yang memaklumkan perkara ini)
30.ROSMAH BINTI HAMDAN – Batu Gajah,Perak
31.ROSNIAH BINTI ALI – Bukit Mertajam
32.SAHRIR BIN SUKIRMAN – SMK raja Muda Musa K.Kangsar
33.SAIMAH BINTI MOHD SAID –
34.SITI FATIMAH BINTI CHE SAAD –
35.UMMI HANI BINTI MOHAMED ZAID – Petra Jaya, Sarawak
36.V LEELAVATHY A/P M VIRAVAN –

Terima kasih buat sahabatku Ahmad Hourmain atas maklumat-maklumat di atas. Semoga kita semua akan bersua kembali...

10 ulasan:

HJ. HASSAN BIN TOPIT berkata...

Cikgu Za. Saya juga student program RBMUM1980 tapi kohort pertama. Blog U banyak mengandungi sumber ilmu, pengetahuan dan maklumat yang boleh dikongsi oleh ramai orang. Teruskan usaha murni ini. Rakan menanda PTKTI terbaru - SM Sains Kota Tinggi. Tk

Fariza Nurbaya berkata...

Salam tuan haji..masya-Allah, patutlah tuan haji berminat dan nampak cinta akan bahasa Melayu. Rupa-rupanya bekas mahasiswa Bahasa melayu juga. Moga kita bertemu lagi nanti. Seronok bertemu tuan haji, seorang pengurus pendidikan berwawasan!

ckLah @xiiinam berkata...

Salam....
Macam pernah nampak di Dataran Satera UM dulu...

Tanpa Nama berkata...

ORANG GEOGRAFI UM 1985 -1988 PUN PERASAN JUAG. SORRY

Cikgu Za berkata...

Ooooo.. sama badge lah kita. Kalau geografi, mestilah kenal NIK KAMARUZZAMAN SULAIMAN dan Nawi dari Terengganu tu dan juga ROHANI AHMAD..

Tanpa Nama berkata...

Salam, Za
Masih ingatkah lagi pada saya, masa tu Za begitu taksub dengan lagu Ogy dr filem Ali Setan, nyanyi dalam bilik di 7th College dulu, bagaimana khabar abang Fendi,anak-anak...
Tahniah, blog Za telah mengembalikan nolstalgia ketika di UM dulu, rindu rasanya pada sahabat-sahabat yang 'sewaktu dengan kita' dulu ...
-Pn. Hjh. Marhaini bt Mulim
SMK Telok Datok Banting

Fariza Nurbaya berkata...

Salam Marhaini..
Saya sangat-sangat rindu Mar dan sentiasa mencari-cari maklumat tentang Mar dan rakan2 sehinggalah saya search nama kawan2 dan menemukan maklumat tentang Mar. Saya ada juga ke Bantying, kebetulan ada mesyuarat kawasan Sepang atau Morib pasti saya akan ke Jugra rumah keluarga angkat masa kat UM dulu. harap dapat jumpa dan menjalinkan kembali kasih yang terputus. Salam rindu dari Fendi..

saleeh rahamad berkata...

saya rasa kenal fendi. ha dah berapa anak anda berdua.saya dah lima. anak sulung dah 21. terasa tua pulak tapi hati sentiasa muda. macam bebudak. selamat memperjuangkan bahasa Melayu. Saya mengajar BM juga di jabatan pengajian media, dulu namanya rancangan penulisan kreatif dan deskriptif.

Tanpa Nama berkata...

saya adik Wee Pang Yew
Dia boleh dihubungi di 0162527508

Lim Chu Aik 0174048168

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Hourmain sudah jadi manusia BANGSAT sekarang ini.
Dia telah melarikan isteri orang.
Malang sungguh sesiapa yg berkawan dgn setan puaka ini.
Tunggu saja pembalasan dari yang maha Esa!