Laut China Selatan tenang sahaja, menafikan ura-ura bahawa tsunami kecil akan melanda pantai Terengganu setelah Pantai Batu Burok berlimpah-ruah airnya hingga ke jalan besar. Alhamdulillah, Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu yang berlangsung selama 3 hari (14 hingga 16 Mac 29011) di salah sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada peserta luar dan dalam negara.


Sekarang bukan masa untuk merintih dan meratapi nasib bahasa kita, sekarang masa untuk bekerja dan terus berusaha memartabatkan bahasa Melayu. Kesedihan dan kepiluan tidak akan membawa bahasa Melayu ke mana-mana; mari perkasakan pendidik bahasa Melayu, semoga usaha untuk membentuk jati diri generasi muda akan tercapai, bukan tergapai-gapai.
Pertanyaan dalam hati kecil saya: Ke mana pergi guru bahasa Melayu dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Terengganu yang sekian ramai itu hingga tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu ini?
1 ulasan:
Ass.wr.wb Puan Fariza Nurbaya, diminta jadi pembina dalam pelatihan dan seminar guru di Bandung 6-7 Jun, tentang pembelajaran PAIKEM/ Pembelajaran aktif, kreati, inovatif dan mnyenangkan.
Wass.Tatat.
Catat Ulasan