Ahh, awalnya mahu sahaja saya menolak permintaan Tuan Haji Razi Bensulong, Pengerusi Yayasan Badan Kebajikan Islam Yala untuk mengendalikan Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu Yang Memikat kepada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah agama Wilayah dan Pattani, Thailand pada 3 dan 4 Disember ini, lebih-lebih apabila memikirkan jadual kerja yang agak padat dengan Bahagian Kompetensi KPM dan Jabatan Pelajaran Terengganu.
Tetapi setelah menyelidiki dan menyusun jadual perjalanan kerja, keluarga dan perkara-perkara lain, permintaan tersebut tertunailah juga. Tambah pula sekarang ialah musim cuti sekolah dan juga, AR pun ada!
Dari LCCT Sepang kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai. Di Hatyai, kami dijemput sendiri oleh Tuan Razi Bensulong, Pengerusi Yayasan Badan Kebajikan Islam Yala, juga Pengarah rangkaian sekolah Haji Haron dan Tuan Haji Abdul Rahman Tupa, Pengurus Sekolah-sekolah Haji Haron.
Pada awalnya, berat juga untuk memenuhi hasrat mereka untuk membawa kami ke Pattani dan Yala, bimbang faktor keselamatan dan jarak perjalanan yang agak jauh dari Hatyai, iaitu lebih kurang 150 kilometer.
Pada awalnya, berat juga untuk memenuhi hasrat mereka untuk membawa kami ke Pattani dan Yala, bimbang faktor keselamatan dan jarak perjalanan yang agak jauh dari Hatyai, iaitu lebih kurang 150 kilometer.
Melihat kesungguhan mereka untuk membawa kami mengenali wilayah Islam kebanggaan mereka, sekolah dan beberapa institusi di sana, kami mengikut sahaja. Sepanjang jalan terdapat beberapa sekatan jalan raya oleh pihak tentera Thailand.
bunyi di dalam masjid ini mati ditembak dan antara 113 orang yang terkorban setelah melancarkan serangan ke atas 15 buah balai polis dan pos keselamatan di wilayah Pattani, Yala dan Songkhla. Kesan tembakan masih lagi boleh dilihat pada dinding sekitar masjid ini.
Semua yang bersem
Tuan Haji Razi sedang menunjukkan kesan peluru yang masih boleh dilihat pada papan tanda masjid.
Ini ialah kawasan pengajian pondok di salah sebuah perkampungan di wilayah Pattani. Sistem pengajian pondok di Thailand masih lagi mendapat sambutan dan dihormati oleh orang-orang Islam di selatan Thailand untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu agama.
Pusat pengajian pondok di Thailand sering disalahertikan sebagai pusat militan Islam dan penyebaran fahaman anti-Thailand. Bahasa Melayu dialek Kelantan dan bahasa Arab menjadi bahasa pengantar untuk pembelajaran di sini.
Pusat pengajian pondok di Thailand sering disalahertikan sebagai pusat militan Islam dan penyebaran fahaman anti-Thailand. Bahasa Melayu dialek Kelantan dan bahasa Arab menjadi bahasa pengantar untuk pembelajaran di sini.
Bekas pelajar saya yang bertugas di Konsulat Malaysia di Songkhla, Tuan Nizam agak terkejut apabila diberitahu bahawa kami telah dibawa dan berjaya sampai ke kawasan ini. Katanya, tindakan kami agak bahaya kerana kami mungkin terdedah dengan peluru sesat dan bom. Alhamdulillah, kami selamatpun!
Sebelum menjelang malam, syukur kerana kami sempat menjengah kawasan kampus Maahad Albiksat Addiniah Yala dan Maahad Alirsyad Lilbanat, yang lebih dikenali sebagai Sekolah Haji Haron.
Maahad-maahad ini terletak di tengah-tengah bandar Yala yang menawarkan kelas-kelas pengajian akademik dan agama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan Kuliah Syeikh Daud Al-Fattani. Jumlah murid ialah 8000 orang dan bilangan tenaga pengajar pula ialah 600 orang. Lebih kurang 100 orang guru mengajarkan Bahasa Melayu dan kebanyakan mereka tidak mendapat pendidikan formal dalam bahasa Melayu.
Dan, nampaknya malam ini kami bermalam di Yala, dan seawal pagi esok akan berangkat ke Hatyai, tempat berlangsungnya Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu Yang Memikat.
Semoga dipermudah segala urusan. Amin...
Masjid Jamek Wilayah Pattani...
Kami juga dibawa oleh Tuan Haji Abdul Rahman Tupa dan Tuan Razi melawat ke hospital swasta milik orang Islam Yala yang telah berjaya diambil alih daripada pengusaha berbangsa Cina sebelum ini. Hospital ini menjadi lambang kejayaan ekonomi masyarakat Islam di selatan Thailand.
Dan, nampaknya malam ini kami bermalam di Yala, dan seawal pagi esok akan berangkat ke Hatyai, tempat berlangsungnya Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu Yang Memikat.
Semoga dipermudah segala urusan. Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan