Lebatnya hujan bulan November seperti berlumba-lumba dengan lebatnya November saya. Dalam sela masa menunggu Si Patah Tangan Ucin yang terlantar di HUSM, saya berjaya menyelesaikan tugas memeriksa kertas ujian akhir tahun pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan terbang ke Kuala Lumpur menyelesaikan tugas menganalisis data Rintis kompetensi Kementerian Pelajaran. Seingat saya, pada tahun lepas, November berlangsung dengan perkara yang hampir sama dan kesibukan yang entah apa-apa. Oh, moga tugas rutin sebagai ibu dan isteri tidak terjejas dan tidak ada hati yang terluka dan terabai.
Kalau hati suka, susah sikit pun tak apa dan kita akan harungi dengan tabah dan ceria. Insya-Allah.
Siapa kata kerja guru senang dan boleh goyang kaki saja sepanjang cuti akhir tahun ini? Ini antara tugas rasmi saya;
5 - 9 November 2012 - Mesyuarat dan Bengkel Kerja Analisis Data dan Penyediaan Laporan Rintis Kepimpinan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Hotel Radius, Kuala Lumpur.
12 November 2012 - Kelas bimbingan akhir Bahasa Melayu 2
17 - 18 November 2012 - Mesyuarat Penyelarasan Peperiksaan, Kuala Terengganu
19 - 30 November 2012 - Tugas-tugas peperiksaan
18 - 20 November 2012 - Bengkel Kerja Penyediaan Laporan Akhir Kajian Tinjauan Streaming Class Jabatan Pelajaran Terengganu, Genting Highlands, Pahang
26 - 29 November 2012 - Bengkel Kerja Analisis Data dan Penyediaan Laporan Rintis 2, Kementerian Pelajaran Malaysia, Avilion Admiral Cove, Port Dickson
27 - 29 November 2012 - Bertugas sebagai Fasilitator Kursus Pemantapan Peserta Memartabatkan Bahasa Melayu Guru-guru Zon Timur (Program Perluasan MBMMBI), Sutra Beach Resort, Merang Terengganu.
Bertindih-tindan!
27 - 29 November 2012 - Bertugas sebagai Fasilitator Kursus Pemantapan Peserta Memartabatkan Bahasa Melayu Guru-guru Zon Timur (Program Perluasan MBMMBI), Sutra Beach Resort, Merang Terengganu.
Bertindih-tindan!
Dan, tugas apa akan menanti saya untuk Disember pula?
Senyum!
d(^__________^)b
hujan November
dalam lebat
kusembunyi rintik dalam diri.. lalala..
1 ulasan:
Sibuk sibuk pun , asal hati gembira, teruskan jua... :)
Catat Ulasan