Selasa, Julai 08, 2008

PTK lagi....
Sedikit tips untuk menghadapi Pengucapan Awam dalam Bahasa Inggeris bagi peserta kursus PTK TK3 dan ke atas. Bukanlah saya ni pandai sangat dalam bahasa penjajah ni, cukup sekadar pandai menyebut i love u, thank you dan beberapa kerat perkatan mat salih ni saja diharapkan dapat membantu anda sekalian. Tiga bahagian utama dalam pengucapan awam iaitu intro, isi kandungan (content) dan kesimpulan. untuk kandungan (content), 3 isi diperlukan (3 points with detailed elaboration)Manakala terdapat juga penilaian untuk aspek non-verbal dan self confident. Aspek suara juga diberi markah (voice ; clear and loudly) Suara mesti jelas dan sebutan mesti tepat dan betul.

Anda perlu menyelesaikan pengucapan dalam tempoh yang diberi iaitu 10 minit sahaja. Markah isi akan rendah jika huraian yang diberi dangkal.Untuk mendapat markah yang tinggi dalam isi, anda perlu memperluas isi dengan terperinci dan menarik. Pastikan masa selama 10 minit digunakan dengan secukup-cukupnya.

Bagi calon yang penguasaan bahasa Inggerisnya sederhana dan lemah, jangan bimbang, melalui latihan yang kerap dan bersungguh-sungguh, anda pasti akan berjaya, u must well prepared, u have to train very seriously,..Ingerislah pulok!! sebulan masa diberi untuk anda bersedia. Gunakan masa sebulan itu untuk melatih lidah anda bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kaedah yang betul, elakkan daripada memakan atau memamah makanan Melayu seperti budu, jering atau petai. Sebaik-baiknya mulakan hari anda dengan roti dan keju..

Untuk memulakan pengucapan, jangan terlalu serius. Tenangkan fikiran dan cuba beri tumpuan. Kuasai keadaan dan suasana. Anda tidak perlu panik kerana anda telah membuat persediaan yang cukup rapi. Tidak ada calon yang tidak bersedia. Malahan peserta yang bahasa Inggeris menjadi makanan hariannya pun masih ada q-card di tangan. Jadi, mengapa kita perlu panik?? Bercakap secara bersahaja tetapi serius. Kalau ada unsur humor atau kecindan, anda akan mendapat markah bonus! Anda boleh melihat q-card sebagai panduan, bukan sebagai bahan bacaan. Ingat, ini 'public speaking', bukan "public reading' Tetapi kalau keadaan terpaksa, kalau lutut dah jadi goyah dan menggigil baca sajalah apa yang tercatat di tangan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam assalamualaikum wbt.
Adinda sudah selesai + beres + finished tentang public speaking, persembahan individu, persembahan kumpulan dan UAK. Apa yang adinda pelajari dari situ adinda telah adinda laksanakan sebaik-baiknya. Tinggal lagi penilaian bapak dan ibu penilai menilainya. Harapan adinda agar PTK DG44/ TK3 ini adalah yang pertama dan terakhir..lapan hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Tapi, ada sesuatu yang adinda perolehi dalam hidup ini bahawa betapa bernilainya harga sebuah kehidupan. Demi masa.. kasih sayang yang berjauhan.. ujian demi ujian.. dan sesungguhnya manusia ini tidak bisa lari dari ujian. hari-hari kita diuji. Tuntasnya, hidup ini adalah penuh dengan penilaian. Bye.

ali allah ditta berkata...

Cikgu,

One main flaw among PTK's public speaking candidates is that they always think in Malay and speak in English. While the right thing to do is they should always think in English and speak in simple English.

They should also build-up their confidence level by knowing what they are going to express verbally, rather than memorizing what they want say by heart.

Memorizing will eventually lead to mental block and that will force the candidate to refer to his/her notes often. You can refer once or twice but beyond that its called public reading!

cheers.

Fariza Nurbaya berkata...

Betul tu tuan, tapi masalahnya cikgu-cikgu kita ni itulah saat pertama kali mereka bercakap di depan khalayak dan bahasa Inggeris mereka pula bukanlah makanan harian, jadi mana mungkin mereka dapat berfikir dalam bahasa Inggeris dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Penilaian PTK DG44 dengar cerita akan dibuat dalam bentuk ujian aneka pilihan pulak, rasanya sukar juga nak mengesan tahap penilaian aplikasi tu. Dan ini juga bermakna public speaking dan persembahan individu dan semua komponen PSK dah tiada. Cikgu2 kita pun kembali asal, dengan adanya PTK cara la ni nampak mereka bersungguh sikit nak cari ilmu. Betul tak tuan ?