Jumaat, November 20, 2009

5A UPSR

Keputusan peperiksaan UPSR telahpun diumumkan semalam. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat 5A. Tahniah juga kepada ibu bapa yang pasti lebih seronok dan melompat-lompat keriangan dengan keputusan anak-anak mereka. Tahniah juga kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila muncul negeri terbaik buat tahun kesembilan berturut-turut. Senyuman mereka dalam sehari dua ini mungkin sampai ke telinga gamaknya. Para guru besar sekolah pula sibuk membuat perbandingan dan menguar-uarkan pencapaian 5A sekolah masing-masing.... mungkin pencapaian 5A ini menjadi lambang kejayaan mereka sebagai pengurus pendidikan yang cemerlang.

Menurut Tuan Haji Ariffin Embong, Pengarah Pelajaran Negeri, peningkatan keputusan negeri ini dalam peperiksaan tersebut (peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun lalu) turut dibantu oleh penggunaan buku elektronik (e-Book) yang dibekalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Hmmmmm..... Daripada 23,944 calon, sebanyak 3,664 orang murid mendapat 5A (15.3%).... Bukannya tidak bangga dnegan pencapaian UPSR negeri tercinta ini, tetapi bagaimana gamaknya pula nasib 20280 orang murid lain yang tidak mendapat 5A, dan bagaimanalah pula nasib murid-murid yang langsung tidak mendapat satu pun A ya... Dan yang pastinya sebahagian besar daripada mereka (yang mendapat 5D dan 5E) akan memenuhi kerusi-kerusi di kelas tingkatan 1 sekolahku.

Bagi ibu bapa yang keputusan peperiksaan anak mereka tidak memberangsangkan, monyoklah wajah mereka seolah-olah anak-anak mereka tiada lagi masa depan, seolah-olah keputusan UPSR inilah sahaja yang akan menentukan kejayaan anak-anak mereka.

Berita tentang kejayaan-kejayaan ini memanglah menyebabkan saya seronok tetapi saya juga tidak seronok mengenangkan anak-anak yang kecundang dan nasib sekian banyak anak-anak yang masih tidak mampu menguasai kemahiran 2M di peringkat sekolah rendah dan kemudiannya jika tidak diuruskan dengan baik akan terus kecundang di peringkat menengah. Ahh... dunia di hadapan anak-anak ini masih terlalu panjang dan berliku dan besarnya peranan guru untuk menangani dan menjayakan pembentukan modal insan ini. Dengan pencapaian 5A ini juga membolehkan mereka menyambungkan pelajaran di sekolah-sekolah terbaik, sekolah berprestasi tinggi, elit dan premier.

Namun begitu, bagi anak-anak yang tidak berjaya mencapai keputusan seperti yang diidam-idamkan, usahlah bimbang. Jalan di hadapan sana masih lagi panjang. Saya tertarik dengan satu dapatan yang saya petik daripada Facebook Puan Ainon Mohd. Kajian-kajian oleh pakar-pakar psikologi pendidikan di UK, US dan Malaysia semuanya, ya semuanya mendapati bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik di sekolah rendah dengan pencapaian akademik di universiti. Malah pencapaian akademik di sekolah menengah pun tiada korelasi dengan pencapaian akademik di universiti.

Dalam kajian lain, didapati tiada korelasi antara pencapaian akademik di universiti dengan pendapatan selepas keluar dari universiti.

Suatu penemuan yang menarik: Individu-individu yang sangat cemerlang dalam dunia profesional mempunyai rekod peperiksaan sekolah menengah yang ekstrem, yakni ada subjek mereka dapat A, ada subjek dapat D, E ataupun F.

Marilah kita sama-sama fikirkan... dunia di hadapan anda masih jauh dan berliku-liku..

(Tahniah buat keponakan-keponakanku Eisya dan Awa yang mendapat 5A, dan Hariz Eilman yang mendapat 4A 1B, semoga kajayaan gemilang akan terus menyusul pada masa depan. Amin!)

12 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum

walaupun tiada korelasi tapi kita2 ni masih menjuih bibir kat anak2 yang tidak 'perform' dalam akademik..

mentaliti yang dah sebati...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Memang tidak dinafikan, sesetengah daripada kita atau ibu bapa sendiri yang semacam kecewa apabila anak-anak tidak dapat 5A. Sedangkan pencapaian sebenar mereka belum dapat diukur. Perjalanan masih jauh.Misalnya, di sekolah saya, bekas pelajar terbaik SPM, upsr hanya 2a shj. tetapi sekarang sdg mendapatkan ijazah kedoktoran.Marilah kita sama-sama fikirkan....

Tanpa Nama berkata...

Keputusan UPSR bukan kayu ukur sebenar untuk kejayaan anak-anak kita kerana masih ramai yang dapat 5A dan dapat bersekolah di sekolah yang agak bagus tapi tidak dapat menguasai 2M dengan baik. Jadi, salah siapa???

ali allah ditta berkata...

Apakah kita menguji pencapaian dan kepandaian anak kita dengan keputusan UPSR saja?

Keputusan UPSR hanyalah pencapaian di atas kertas saja. Malah keputusan UPSR ini telah dimanipulasikan oleh Lembaga Peperiksaan bagi mendapatkan satu grading yang boleh melegakan para ibubapa 1Malaysia.

Orang kata nak masuk sekolah asrama kena ada 5A. Betul,tapi adakah mereka yang masuk sekolah asrama ini semuanya 5A belaka?

Ingat,pak2 menteri kita tak kisah pun pasai anak depa dapat 5A. Kerana anak2 depa tak belajaq pun di sekolah2 gomen. Tapi anak2 depa boleh masuk asrama atas tiket aku menteri.Bukankah ini satu contoh manipulasi kelas pertama?

Janganlah kita tertipu dan kecewa dengan keputusan ini sekiranya anak kita tak dapat 5A.

Nak tau sama ada budak itu pandai atau tak,lihat saja cara dia membesar serta dengan sapa dia berkawan. Peranan ibubapa sememangnya penting untuk mendidiknya sepanjang hayat.

Ingat,budak yang dapat 5A,tapi bila berada di sekolah asrama berkawan dengan kaki merokok dan pontang,itu tanda punahnya masa depan dia.

So,bagi ibubapa yang anaknya tak begitu perform dalam UPSR,itu bukan erti dunia dah nak kiamat.Kita masih ada PMR dan SPM.

Bagi yang berjaya tahniah dan yang kurang berjaya,cuba lagi.

cheers.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

mangkok hanyut mana pula dah di atas ni, mai nak buat bisnes kat blog orang? tak malu ke? Brader buat blog sendiri le! dan lelong 1Malaysia!!!

aShaBuLz berkata...

saya rasa kalau ikut sistem pendidikan kita sekarang, setiap peringkat keputusan adalah ibarat satu tiket untuk ke tempat yang lebih cemerlang.

contohnya kalau upsr dapat 5A, kemungkinan besar untuk masuk ke sekolah yang terpilih adalah tinggi. namun apabila sudah masuk ke sekolah tersebut, keputusan upsr tidak akan dipandang lagi.

sama la juga dengan pmr dan spm. bayangkan jika tiada upsr, pmr dan spm..maka tidak akan ada kayu pengukur yang dapat menilai sejauh mana prestasi dan kefahaman pelajar.

saya tidak katakan bahawa pelajar yang mendapat 5A akan semestinya bangkit menjadi insan yang cemerlang kelak. sememangnya didikan dari ibu bapa dan warga terdekat penting.

tapi jika keputusan seperti upsr ini dibiarkan dan tidak di ambil kira, adakah anak-anak kita akan tahu akan kepentingan ilmu?

sekian.

Tanpa Nama berkata...

No Comment..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Saya DAPA PERKHABARAN BAHAWA DI DAERAH CIKGU BESUT, JAWAPAN UPSR TAHUN LALU BOCOR. BANYAK GURU YANG TDAK JUJUR SHAME ON YOU BESUTIAN