Jangan jadi Guru Cemerlang kerana mahu naik gred semata-mata!!!
Semua guru, lebih-lebih lagi yang bergelar Guru Cemerlang perlu bersedia untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kecekapan. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan GC daerah Besut hari ini nampaknya kurang mendapat sambutan dengan pelbagai alasan yang remeh-temeh. Daripada ahli 55 orang, yang hadir hanyalah 20 orang, suatu jumlah yang amat memalukan dan menggambarkan komitmen yang sangat rendah dalam kalangan GC. Apabila saya diberi mandat oleh PPD untuk mengendalikan program ini, dan apabila melihat keadaan ini, saya berasa sungguh sedih dan jengkel!!
Mana mungkin GC berupaya mengembangkan potensi diri mereka jika tidak menghadiri pertemuan-pertemuan profesional dan majlis peningkatan ilmu yang telah dirancang. Guru Cemerlang tidak boleh bergerak secara bersendirian. Guru Cemerlang memerlukan pasukan dan bekerja secara sepasukan. Kerja secara sepasukan akan membuahkan hasil kerja yang lebih bermutu berbanding bekerja sendirian. Semangat untuk bekerja tidak mudah luntur kerana sering mendapat dorongan daripada rakan-rakan GC yang lain.
Kalau ditanya, "Banggakah cikgu mendapat gelaran GC?", Jawapan saya, "Pasti!!". Saya antara GC lantikan awal yang dipilih melalui proses pemantauan dan penilaian yang bertapis-tapis. Dicerap beberapa kali oleh Jemaah Nazir, memerlukan sokongan daripada rakan sejawat, dinilai juga oleh pelajar, disemak segala dokumen dan pelbagai prosedur yang mendebarkan. Saya bukan GC yang dilantik oleh sang pengetua dengan hanya satu soalan, "Cikgu, nak naik gred tak?. Kalau nak naik gred, nah, isi borang GC ni! Tak ada pemantauan Jemaah Nazir, tak ada markah rakan sejawat. Isi borang dan isilah markah berapa saja yang cikgu mahu. Saya akan tandatangan saja!!" Saya bukan GC yang dilantik secara begini!!! Namun begitu, tidak semua GC mempunyai sikap seperti ini. Yang penting mereka mestilah sentiasa belajar, saya juga sentiasa belajar. (Hmmm.. mesti dah kena bantai ni..)
Saya bangga menjadi Guru Cemerlang kerana dengan tugas saya, saya sentiasa bersedia dan menyediakan diri untuk sentiasa nampak cemerlang, dan dapat mencemerlangkan organisasi tempat saya bertugas. Ohh... hiba pula rasa hati. Mengapa ya, semua perkara yang saya fikir belakangan ini seperti mahu membuatkan saya menangis terharu, menangis hiba. Arghh, beginilah jadinya apabila menjadi seorang yang begitu melankolik!! Huhuhu...
3 ulasan:
tahniah atas kejayaan puan dinobatkan Guru Cemerlang Sekolah Menengah Sempena Hari Guru Terengganu 2010. Semoga puan akan terus menyumbang kepada pendidikan di desa ini. Amin!!!
salam,
alhamd Allah bg saya peluang mengenali dan mendekati GC Za. Saya bangga dan kagum sgt2 pdnya. Bila teman rapat mendapat gelaran GC n meluahkan kpenatan n mcemuh terpaksa aktif memajukan rakan2 guru lain di WALL fb..saya jadi kaget...
Adakah GC yg isi borang kerana pangkat dgn GC yg dipantau n dcerap sedetail2 sebelum diiktiraf sbg GC sangat2 berbeza jiwanya? Ye ker?
Alahai Cikgu Za...saya rasa tak tepatlah kiranya kalau dikata semua GC 'lantikan pengetua' kurang cemerlang atau tidak menampakkan ciri-ciri kecemerlangan kerana ada GC yang di'observe' nazir kat sekolah saya memang selalu tak ada kat sekolah. Ceramah situ ceramah sini last-last kertas yang dia sendiri ajar masya Allah amat memalukan.
Ada juga yang bukan GC tapi kerja buatnya masya Allah cukup hebat. Sebenarnya bertitik tolak dari dalam diri sang guru itu sendiri sama ada mereka jadi GC kerana nak pangkat atau GC yang betul-betul...
Maaf! Salam di angin lalu dari saya: NUR BATRISYA AL-HAQQI
Catat Ulasan