Oh, jauhnya beza anak-anak pascamoden dengan zaman kecilku dulu, membesar di kampung, 3 kali sehari dengan makan ruji nasi, sarapan pagi dengan ikan asin yang dibakar mama, makan tengah hari dengan ikan singgang, budu dan ulam-ulaman dan sesekali dengan sambal Pok Mat Jawa (sampai hari ini inilah menu kegemaran kami adik-beradik), dan makan malamnya dengan menu yang sama. Ikan keli, puyu atau haruan yang dibakar atau digoreng sudah cukup menyelerakan. Kami tidak pernah merungut apatah lagi membebel tentang makanan, apa yang ada di depan mata, telan saja walaupun sedap atau tidak. Jika tidak, jelingan mata arwah papa sudah cukup menyebabkan kami diam seribu bahasa dan menikmati makanan tanpa banyak karenah.
Acan, yang asyik lapar saja...
Tok Imam Hasan ni bukan main kuat makan, untuk sarapan pagi, 3 bungkus nasi berlauk disapunya. Kononnya dialah orang yang paling banyak buat kerja kat rumah ini, dari sapu sampah, angkut sampah ke tempat buang sampah, basuh kereta, siram pokok, dan segala macam kerja lagi, katanyalah...hmmm..
Si Pipi Bulat, Kak Eina bukan main naik lagi badan sejak cuti ni. Kononnya nak diet.. Hmmm...
Menu pilihan Si Bongsu Abu Zar dengan Chicken Chop-nya.
Menu pilihan Si Bongsu Abu Zar dengan Chicken Chop-nya.
Husin Ali dengan lamb chopnya
Kak Eina Si Pipi Bulat memilih beef steak, katanya sesekali tak apa..
Untuk minum petang ni, mereka mahu menikmati spaghetti istimewa masakan ibu. Resipinya, biarlah rahsia, tapi kata anak-anak, lebih sedap daripada spaghetti di Pizza Hut.
2 ulasan:
salam,
curious nak tahu macam mana rasa n rupa sambal pok mat jawo tuh???
kat sini budu malaysia xder so kita org makan budu vietnam..rupa lebih kurang tapi rasa kira bolelaa..
min.
salam.. moga lawatan kita ke Beijing menjadi kekuatan utk terus berbakti kpd ummah. teruskan usaha cikgu za.
(us Nawawi, uitmj)
Catat Ulasan