Bulan Julai ialah bulan kelahiran saya, juga bulan kelahiran beberapa orang yang rapat dengan saya. Di bawah ini ialah dapatan yang saya temui daripada sumber internet tentang ciri-ciri manusia yang dilahirkan pada bulan ini. Dapatan ini bukanlah fakta, dan tidak boleh saya anggap sebagai auta kerana sebahagian besar daripadanya agak menepati ciri-ciri yang ada pada saya terutamanya ciri-ciri pada nombor ....
Orang yang lahir pada bulan Julai ialah orang yang;
1. sangat seronok didampingi
2. banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki,
3. agak pendiam kecuali dirangsang,
4. ada harga dan maruah diri,
5. tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan (betul kot, sebab seboleh mungkin saya tidak mahu menyusahkan orang lain, tetapi bersedia untuk bersusah payah untuk orang lain)
6. mudah dipujuk dan bercakap lurus,
7. sangat menjaga hati orang lain,
8. sangat peramah,
9. emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya,
10. berjiwa sentimental dan perindu, (saya ni jiwang juga rasanya walaupun sudah hampir senja sebab suka mendengar lagu-lagu sentimental, menonton filem cinta)
11. jarang berdendam,
12. mudah memaafkan tetapi sukar melupakan,
13. tidak suka benda remeh-temeh,
14. membimbing cara fizikal dan mental,
15. seorang pencinta yang hebat, sangat peka, dan penyayang,
16. memberi layanan yang serupa kepada semua orang,
17. tinggi daya simpati,
18. pemerhatian yang tajam,
19. suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
20. mudah dan rajin belajar,
21. suka muhasabah diri,
22. suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama,
23. suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, (ye la, banyak kerja yang mesti diselesaikan di rumah, nak layan pokok, nak kemas rumah. Rumah saya ialah istana saya, walaupun rumah saya hanyalah sebuah gobok kecil)
24. suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan,
25. tidak agresif kecuali terpaksa,
26. lemah dari segi kesihatan perut,
27. mudah gemuk kalau tidak kawal diet, (betul, makan sikit naik berkilo-kilo)
28. minta disayangi,
29. mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
30. terlalu mengambil berat,
31. rajin dalam membuat kerja.
32. murah hati, terutama kepada orang yang disayangi. (kalau kita sayang dan cinta akan seseorang kita seronok memberi , seolah-olah kita ada bersama-samanya sentiasa)
Semua ciri yang positif tu rasanya milik saya, tapi entahlah, mungkin saya saja yang perasan..
Selamat hari jadi kepada semua yang lahir pada bulan Julai, sama ada yang dekat, atau orang yang jauh itu!!
1 ulasan:
Fakta atau auta? Tak kesahlah... yang penting kita kena sentiasa musahabah diri.
Mungkin penilaian orang lain terhadap kita tidak sama dengan penilaian kita terhadap diri kita sendiri.
Yang penting kita tahu siapa kita.
:)
Catat Ulasan