Tidak banyak yang hilang, 2 telefon bimbit saya, telefon Kak Eina dan 1 telefon Abang Acan habis dikebasnya. Sejumlah wang dalam RM, Yuan, Dong, Rupiah dan USD juga hilang. Satu cupak "barang kemas" saya juga lesap. Wah, kaya juga Cikgu Za ni hingga ada bercupak-cupak barang kemas ya. Hmm... kasihan pencuri itu, sudah pasti kalau nak dijualnya atau nak digadainya pasti tak laku.
Yang menghairankan kami, bagaimana telefon yang dipegang erat oleh Hasan Ali dalam tidurnya dan telefon Kak Eina yang terletak di bawah dagunya boleh diambil si maling itu? (Mesej: jangan tidur dengan telefon bimbit, dan jangan tidur sambil ber-SMS!)
Sempat lagi si maling yang budiman ini memilih, menyisih dan menyusun barang-barang selepas dikebasnya!!
Ditinggalkannya yang tidak begitu berharga.
Oh, semua yang berwarna emas hilang!!
Tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan. Bersyukurlah kami sekeluarga selamat. Wang ringgit boleh dicari. Barang kemas hanya perhiasan dunia. Telefon bimbit? Oh.. penting juga. Semoga si maling itu diberi petunjuk dan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.
2 ulasan:
salam,
ironik rasanya membaca entri k'za nih...
didatangi musibah, namun k'za mampu menahan gelodak amarah, menulis dalam nada humor malah tetap mendoakan 'sidia'...
moga ia menjadi peringatan pd yang berharta n berwang bahawa harta di bwh dagu mahupun ditangan mampu dirembat oleh 'sidia'
dan juga semoga respon k'za terhadap 'sidia' menjadi inspirasi kpd mereka yg mencari ketenangan hakiki. amin.
ryaha. foco
Maling yang baik gamaknya.. maling tumaling juga.. kia aje yg jadi malang.. hp hilang, nombornya pun hilang juga.. tu yang susah..
Catat Ulasan