Tanggal : 4 & 5 Juni 2011
Tempat: Balai Pertemuan, Universitas Pendidikan Indonesia, Jl. Dr Setiabudhi No 229, Bandung Indonesia.
Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung telah berjaya menganjurkan "International Seminar and Workshop" dengan tema "Excellent Practice Pedagogic". Seminar ini mendapat kerjasama dua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand. Pelbagai kertas kerja tentang pengajaran dan pembelajaran yang menyenangkan (PAIKEM) telah dibentangkan, antaranya oleh Prof. Fatimah Saleh dari USM, Prof. Madya Dr. Hashim Othman dari USM (Presiden PPBMM), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dari UPSI (Penasihat PPBMM) dan Puan Zanariah Abdol dari Sekolah Menengah Sains Johor. Di sini saya bertemu dengan Tuan Haji Razi Bensulong, Pengarah Thamavityamuniti School, Yala, Selatan Thailand. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pengelolaan Pembelajaran PAIKEM di Thamavityamulniti School, Yala.
|
Para pembentang |
|
Profesor Emeritus Abdullah Hasan |
|
Tuan Haji Razi Bensulong, Pengarah Thamavityamuniti School, Yala Thailand |
Saya terlibat pada hari kedua seminar iaitu untuk sesi perbengkelan yang diadakan mengikut mata pelajaran. Bagi bidang bahasa, saya mewakili Malaysia dan diberi peluang untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman tentang kaedah pengajaran yang kreatif, efektif dan menyeronokkan (PAIKEM) yang menjadi amalan saya di dalam bilik darjah. Sokongan dan sambutan peserta yang rata-rata terdiri daripada guru-guru sekolah dasar seluruh Indonesia cukup menggalakkan. Mereka turut bernyanyi dan mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memikat.
|
Para peserta bengkel |
|
Praktik PAIKEM |
Saya mengharapkan agar lebih ramai peserta dan pembentang dari Malaysia akan turut serta dalam seminar antarabangsa seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang terutamanya bagi mata pelajaran lain, selain bahasa. Sesungguhnya banyak perkara baharu yang dipelajari daripada kertas kerja dan bengkel mahupun daripada perkongsian maklumat dengan peserta-peserta tuan rumah.
|
Bersama Profesor Emeritus Abdullag Hasan dan Puan Zanariah Abdol (SMS Johor) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan