Isnin, Oktober 21, 2013

Ringkas sangatlah!


Kadang-kadang maklumat penting yang disampaikan melalui laman sosial seperti Facebook tidak saya fahami kerana penggunaan ejaan kata  singkat dan bahasa yang digunakan. Contohnya; 

"Mhn kwn2 menydkhkan alfthah kpd arwh nnk saya yg tlh kmbli ke rahmtullah pg td.....smg roh nnk sy di tmptkn di klgn org2 yg briman......."

Bukanlah mengambil masa yang terlalu lama rasanya untuk menulisnya seperti ayat ini;

Mohon kawan-kawan menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah nenek saya yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Semoga roh nenek saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Mesej: Gunakanlah bahasa yang betul dan tepat, lebih-lebih lagi jika kita ialah guru bahasa Melayu atau pelajar jurusan bahasa Melayu yang seharusnya boleh menjadi suri teladan kepada orang lain.
Bahasa kita, tanggungjawab kita.

Tiada ulasan: