Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa yang anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dll:
1. Jangan benarkan anak-anak menggunakan hp sehinggalah anak-anak selesai menduduki peperiksaan. Simpan hp anak-anak. Jika tiada hp lagi baik. Hp menghilangkan tumpuan untuk belajar, juga penyebab kelalaian dan membuang masa.
2. Pastikan anak-anak solat lima waktu dan seboleh mungkin berjamaahlah dengan mereka sekurang-kurangnya pada waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.
3. Suruhlah anak-anak membaca al-Quran sekurang-kurangnya antara waktu Maghrib dan Isyak.
4. Kawal pergaulan anak-anak. Jangan dibiarkan anak-anak keluar rumah selepas waktu persekolahan terutama pada waktu petang atau malam. Berkawan di sekolah sudah cukup.
5. Jangan benarkan anak-anak menonton tv terutama pada waktu malam. Malam ialah waktu untuk mengulang kaji pelajaran. Ibu bapa juga kenalah berkorban untuk tidak menonton tv.
6. Suruh anak-anak tidur awal. Tidur lewat menyebabkan anak-anak akan mengantuk di dalam kelas.
Ini saja pesan saya hari ini. Terima kasih.
1 ulasan:
cara mendapatkan uang dari youtube
cara menghasilkan uang dari youtube
cara menjadi youtuber gaming
Catat Ulasan