Catatan 1: Berwisata di Tanah Soekarno Hatta
2-7 Jun, sepulang dari berkumpul pada Hari Keluarga Haji Muhammad, terus berangkat ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia yang asyik 'delay'.. boringnya dan paginya berangkat ke jakarta. Sesampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Cengkareng, kami ditunggui Bapak Insep, terus dibawa ke Monumen Nasional yang terkenal dengan panggilan Tugu Monas, terletak di Jakarta Pusat. Tahu sajalah, di Indonesia banyak sekali penggunaan akronimnya sehingga menjadi tidak terkawal perkembangannya. Pada malamnya, selepas menonton siaran televisyen, barulah diketahui bahawa di tempat itu pada waktu kami di sana berlaku 'unjuk rasa' besar-besaran yang digelar Tragedi Monas, yang menyebabkan ramai yang cedera. Oleh sebab berita tersebut dalam bahasa Indonesia, sukar sekali difahami butir ceritanya, rasanya ada kaitan dengan agama, atau isu kenaikan minyak yang dipanggil BBM di sana.
Hari kedua semasa di Bandung, SMS dari rakan-rakan bertalu-talu masuk membuat perkhabaran kenaikan harga minyak di Malaysia dan meminta supaya diisi minyak penuh-penuh sebelum tengah malam iaitu jam 12.01 pagi 5 Jun., sebelum harga naik. Macamlah minyak yang diisi malam tu boleh bertahan bertahun-tahun! Puan Hazizah SMS memberitahu stesen minyak di Jerteh penuh dengan deretan kereta, terpaksa dia masuk barisan, katanya. Pening juga ni kerana baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2008 menyebut bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihan raya dan beberapa hari yang lepas Datuk Shahrir Samad menyatakan harga petrol tidak akan naik dan hanya akan naik selepas bulan Ogos. Kata PM kalaupun berlaku kenaikan, perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Tup-tup, kerajaan mengumumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter, iaitu kenaikan melebihi 40 peratus. Bisa gawat ni buk! Terbayang wajah-wajah petani dan para NGO (Noreh Getah Orang)di lembah Darau tempatku bertugas, bagaimana mereka nak menghadapi saat-saat ini, selepas ni harga barang apa yang akan naik lagi? Gula, beras, telur, tepung, bawang, minyak masak, kicap, budu, lada, garam, sayur, ayam, petai, buah kerdas, jering dan lain-lain akan mencanak naik juga akhirnya. Tempiasan daripada kenaikan harga minyak akan menyebabkan semua orang naik minyak. Jadinya, yang akan terus menderita dan kecewa ialah RAKYAT marhaen!!! Anak-anakku, kaubelajarlah bersungguh-sungguh agar kelak akan mendapat pekerjaan yang baik-baik dan tidak mewarisi kemiskinan keluargamu yang akan terus miskin dan terus miskin.
1 ulasan:
Naik minyak. Naik darah. Naik bil api. Naik bil tepon.Naik tangan. Naik kaki. Naik syok. Naik hantu. Naik uban..wah wah wah berapa banyak naik daa.TAPI, itulah realiti yang terpaksa kita beli dan hadapinya. Lalu hatiku tersungkur pada jutaan insan yang hidupnya berpada-pada, sekejap ada sekejap tak ada..akan makan nasikah mereka lewat musim-musim lalu?Atau makan siput babi?(Macam dalam rancangan BERSAMAMU TV3suku??)Macamana pok mat labah-labah kat Pusu Tinggi, akan adakah pengunjung 'blog'nya mengajak dia berurut seriyal dua dalam zaman 'naik minyak' ini.Atau pok mat letak label naik rego ngurut sebab minyak ngurut pun naik.
WALLAHU A`LAM.
Catat Ulasan