Ahad, Jun 15, 2008

Suatu catatan> Sambutan Hari Keluarga Haji Muhammad Kali ke-2 2008

TEMPAT: SUDARA BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN

Hari Keluarga ialah hari penyatuan hati dan cita rasa kita sekeluarga. Alangkah bahagianya jika arwah Pa masih ada.. tentu dialah orang yang paling gembira dan bahagia. Tapi, malangnya tiada siapa yang terdetik dan terfikir untuk mengusahakan penyatuan keluarga kita ketika arwah masih ada dulu. Tak mengapalah, Ma kita masih ada. Padanyalah kita tumpahkan segala kasih sayang sejati, padanyalah kita alirkan segala ingatan rindu kita terhadap Pa. Memang, tiada kata yang terdaya diucapkan ketika ini untuk menggambarkan hati dan perasaan. Tiada apa yang boleh menggambarkan betapa amat terkilannya kita kerana gagal mempamerkan penyatuan hati dan perasaan kita ketika arwah masih ada. Penyatuan hati dan perasaan memang selalu ada dan telahpun ada sejak dari dahulu lagi. Tetapi kita tidak jelmakan dalam bentuk yang lebih padu dan mesra seperti yang terdapat pada hari keluarga.

Mengapa Hari Keluarga itu penting? atau...penting sangatkah Hari Keluarga itu? Tak bolehkah kalau tiada Hari Keluarga? Kita sekeluarga telah bersepakat bahawa mengadakan Hari Keluarga itu menunjukkan ukhwah kita kuat. Keluarga kita bersatu. Kita telah sama-sama bersetuju untuk menjayakan Hari Keluarga. Walaupun terdapat sedikit kelemahan teknikal daripada pihak penganjur, tetapi akhirnya Hari Keluarga Haji Muhammad kali kedua bagi tahun 2008 telah berjaya diadakan pada 1-2 Jun baru-baru ini.Alhamdulillah, semua dapat hadir. Pada Hari Keluarga kali pertama tahun lepas, tiga orang ahli tidak dapat hadir disebabkan kekangan yang tidak boleh dielakkan. Adinda Nur Aini dan suami masih di Sarawak. Begitu juga dengan Adinda Asruf dan isteri yang berada di Kuantan. Abd. Muqit, adinda bongsu pula tidak dapat pulang kerana mengikuti program sekolahnya, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi.Tahun ini semua tak ketinggalan, 46 ahli kita berkumpul di bawah satu bumbung. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mengumpul semua ahli keluarga dalam satu masa yang sama, di satu tempat yang sama. Keluarga kita boleh. Hubungan ini kita kena sama-sama jaga dan pelihara.


Memanglah tidak dapat dinafikan, kanak-kanaklah golongan yang paling gembira dan seronok ketika Hari Keluarga. Lihatlah gambar-gambar yang ada, semuanya menggambarkan betapa seronok dan gembiranya mereka.


Catatan adinda Lah,
السلام عليكم!!
Hari Keluarga Haji Muhammad II..kekurangan, ketidaktepatan waktu...atau apa-apa lagi yang menunjukkan kelemahan MEMANG tak dapat dielakkan.Tapi, melihat hasilan atau kesan terhadap pembentukan rasa kekeluargaan dan ukhuwah itulah keutamaannya.Memang seronok sangat melihat kanak-kanak atau budak-budak atau mak-mak budak atau bapak-bapak budak bermain air, tarik tali, kerusi pun direbut, makan beralaskan tanah...(hari akhir kat tepi pantai),tapi makan sedap sangat sampai menjilat jari sebab yang utamanya makan ketika lapar dan makan beramai-ramai..waktu malamlah paling dirasai tatkala melihat mata anak-anak kita yang tidur sungguh 'general' mengalahkan segala general yang ada di dunia. Walau apapun..UCAPAN TERIMA KASIH, ARIGATO, SYUKRAN JAZILAN buat PAK LONG(Hj Mohamad Affandi bin Abdul Rahman) kerana kalau bukan kesungguhannya maka HARI KELUARGA II HAJI MUHAMMAD tak mungkin berlaku.
مع السلامة و الى اللقاء في سنة 2009
Wassalam, ADINDA LAH

URUS SETIA PROGRAM: Orang kuat nih!!!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

السلام عليكم!!

Hari Keluarga Haji Muhammad II..kekurangan, ketidaktepatan waktu...atau apa-apa lagi yang menunjukkan kelemahan MEMANG tak dapat dielakkan.Tapi, melihat hasilan atau kesan terhadap pembentukan rasa kekeluargaan dan ukhuwah itulah keutamaannya.Memang seronok sangat melihat kanak-kanak atau budak-budak atau mak-mak budak atau bapak2 budak bermain air, tarik tali, kerusi pun direbut, makan beralaskan tanah...(hari akhir kat tepi pantai),tapi makan sedap sangat sampai menjilat jari sebab yang utamanya makan ketika lapar dan makan beramai-ramai..waktu malamlah paling dirasai tatkala melihat mata anak-anak kita yang tidur sungguh 'general' mengalahkan segala general yang ada di dunia. Walau apapun..UCAPAN TERIMA KASIH, ARIGATO, SYUKRAN buat PAK LONG(Hj Mohamad Affandi bin Abdul Rahman) kerana kalau bukan kesungguhannya maka HARI KELUARGA II tak mungkin berlaku.

مع السلامة و الى اللقاء في سنة 2009

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.....

Keterasingan dalam meniti benang kusut kehidupan membuatkan kita alpa seketika pada yang telah meninggalkan kita.Namun keperibadian yang indah yang tersemat dalam sanubari jiwa membenihkan kasih sayang yang berpanjang dilubuk minda.Hanya doa dapat dikirimkan sebagai pengganti diri sebelum berangkat jua ke sana nanti.

Sampaikan salam buat semua yang masih mengingati diri ini..

Tanpa Nama berkata...

Alla hu akhbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Thanks to the blog owner. What a blog! nice idea.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Well done for this wonderful blog.

Tanpa Nama berkata...

Thanks to the owner of this blog. Ive enjoyed reading this topic.

Tanpa Nama berkata...

Thanks. Im Inspired again.

Tanpa Nama berkata...

It could give you more facts.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa?Mengapa??Why??Limaza??..yang memberi respon ini kebanyakannya anak beranak loteri dan toto???Pelik bin ajaib nih.

Tanpa Nama berkata...

Hairan nih... ini bukan blog untuk gambling nih!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat keluarga haji muhamad, semoga sambutan hari keluarga menjadi satu kemestian juga bagi keluarga-keluarga lain. Tahniahhhh!!!!