Ahad, Januari 10, 2010

Aku manusia biasa..

Aku hanyalah guru biasa. Dalam kuat dan tabah, sesekali menjengah juga rasa letih, sebal dan sesekali menangis hiba. Kadang kala apabila rasional dan kewarasan goyah, rasa amarah menyelubungi diri terutama apabila kehendak dan keinginan tidak difahami oleh sang ketua. Namun, untuk apa bersengketa kerana yang ruginya siapa. Atas dasar keharmonian, biarlah, tiada ruginya kita mengalah. Sudah pasti sedikit pujuk Awang hati bisa jadi sejuk. Minggu ini jiwa kembali tenang dan kembali asal. Untuk apa beremosi yang entah apa-apa.. hidup perlu diteruskan.

Anak-anak di desa ini memerlukan guru yang kuat dan tabah, bukan guru yang cengeng, sayu dan layu. Untuk memandaikan mereka bukan suatu jalan yang mudah. Cabarannya banyak sekali. Masalah dan halangan bukan lagi suatu yang membebankan kerana telah lama dapat kutempuh. Melihat wajah anak-anak di depanku ini membakar semangat dan jiwa untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Pesan teman untukku, "jadilah guru yang baik bukan baik jadi guru!!" Titipan amanat arwah ayahanda, jadilah guru yang mursyid nabi, orang yang memberikan petunjuk (irsyad) tetap terpahat di sanubari.

2 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum cikgu za

semoga kita terusan bersemangat dalam bidang ini

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Assalamu'alaikum, cikgu.
Suka membaca catatan seorang guru seperti blog ini. Teruskan menulis! Menulis terapi yang baik untuk stres.

al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com