Khamis, Februari 18, 2010

Cepatnya masa berlalu..

Diam tak diam, pejam celik, pejam celik, bulan Februari bakal melabuhkan tirainya. Cepatnya masa berlalu dan begitu banyak perkara yang perlu kita buat setiap hari. Dalam seminggu dua ini, rutin harianku bertambah dengan tugas-tugas di luar waktu kelas pengajaran. Kegiatan kokurikulum, mesyuarat sana dan sini, mengemas kini fail-fail panitia, memeriksa kertas ujian dan tugas pelajar yang bertimbun-timbun, menguruskan pendaftaran peperiksaan dan menyiapkan analisis peperiksaan yang date due-nya yang agak tak masuk dek akal menyebabkan aku tidak punya banyak masa untuk mengemaskinikan blog ini.

Usahlah kita bersengketa dan berdebat perkara yang remeh-temeh yang tidak menyumbang apa-apa kepada dunia sekeliling kita. Kita tinggalkan saja perihal penulisan buku rekod mengajar sebagai mana entri yang telah saya paparkan sebelum ini. Tulislah apa saja yang anda ingin tulis, gunakanlah apa cara yang ingin anda gunakan. Buatlah apa saja asalkan anda senang dan bahagia. Yang penting, buatlah yang terbaik dan menggambarkan perancangan kita dalam melaksanakan pengajaran dan pemelajaran yang berkesan. Tulislah apa sahaja yang anda mahu asal tidak melanggar peraturan. Buat sajalah mengikut keupayaan!!! Buat sajalah.. jangan sampai tak buat!!!

3 ulasan:

RHEA berkata...

aslmkm cikgu,

:)
sy br tjumpa blog cikgu.
cikgu sgt2 la kretif.

sy nk tny, reben2 yg cikgu letak kat buku cikgu tu buat cemane e? ada jual siap camtu ker? cantik la.. mne nk dpt e?

Cikgu Za berkata...

Salam Reha,
Terima kasih atas kunjungan ke blog yang entah apa-apa ni. Hmmm... riben2 tu mudah saja utk mendapatkannya. Kita cari je kertas pembalut hadiah yang ada gambar riben, gunting dan tampalkan. Kalau Cik Reha rajin memerhati, kertas pembalut hadiah mempunyai pelbagai jenis gambar. Pilihlah mana yang sesuai dan gunakanlah mengikut kreativiti kita. Kita boleh juga galakkan pelajar menggunakannya utk nota mereka agar nampak cantik dan seronok dibaca. Terima kasih...

Sakura Chan berkata...

sangat bagus idea tu, tq teacher.
sy pun tgh buat 1 projek utk aktvt NILAM iaitu 'AKHBAR SAHABAT SAYA'.
pelajar2 perlu tampal satu keratan akhbar setiap hari lam 1 buku log, then cari fakta penting iaitu fakta nama, fakta isi dan fakta angka.
lehlah sy buat buku tu ngan hiasan cantik2 cam cikgu.