Hari ini, seawal 6.30 pagi saya bertolak dari Hotel Concorde Inn KLIA ke KLIA untuk daftar masuk Penerbangan Southern China Airlines. Mata melilau mencari teman-teman, rupa-rupanya saya terpisah kerana mereka semuanya menggunakan Cathay Airlines ke Hong Kong sedangkan saya menaiki SCA ke Guangzhao dengan mereka yang saya tidak kenali. Pada waktu ini, saya tiba-tiba saja rasa terasing, sedih dan seolah-olah keseorangan menghadapi dunia ini. Hati jadi sedih.
Semasa di balai menunggu buat pertama kalinya bertemu dan berkenalan dengan pensyarah daripada Universiti Pendidikan Indonesia Bandung, Dr Tatat Hartati dan Ibu Effy Mulyasari Kartasurya, daripada UMS, Profesor Madya Dr Naimah Yusof dan Puan Rozi Talin. Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun jam 2.30 petang selepas terbang selama lebih kurang 4 jam.

Di sini saya terpaksa menunggu hampir 3 jam untuk meneruskan penerbangan ke Beijing dan barulah bertemu dengan anggota rombongan yang bertolak dari Pulau Pinang. Oleh sebab tiada ruang untuk solat, saya menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar di tepi kaki lima tanpa menghiraukan pandangan aneh daripada orang-orang di situ. Betullah kata teman, kalau masuk ke tandas di negara ini, jangan lupa membawa botol atau bekas air kerana tandas di sini tidak mempunyai paip air, cuma kertas tisu saja. Namun begitu, jangan bimbang, tandasnya bersih lebih bersih daripada tandas di lapangan terbang negara kita.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing hampir jam 8.00 malam, kami terpaksa menunggu hampir 2 jam sementara bas tiba untuk menjemput kami ke Hotel Laurel, yang menjadi tempat penginapan kami, juga tempat berlangsungnya Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu, anjuran Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia dan USM.

4 ulasan:
Haaa.. terlalu banyak kenangan indah dan mendalam di Beijing. moga terus hebat..
Pengalaman mengembara ni memang indah. Biasanya setiap international airport ada Prayer Room. Tiada alasan untuk kita tidak meninggalkan solat.
Wah lengkap sekali informasinya... terima kasih Puan Fariza.... kalo kita tertinggal lagi, tampaknya harus dimanfaatkan dengan mengetahui lebih banyak kota yang kita kunjungi... karena teman2 saya bilang Guang Zou itu pemandangannya indah.... mungkin kita akan khusus berkunjung untuk jalan2 ya? Blognya keren....
(Effy tea UPI Bandung)
Terima kasih Ibu Effy kerana jadi teman saya di sana. Moga kita ketemu lagi di Kota Bandung nanti ya bu.. i love u!!
Catat Ulasan