Kota Bangkok, kota hidup yang tidak pernah tidur. Pagi ini kami akan bergerak ke Nongnooch Park yang terletak di daerah Cholburi, iaitu lebih kurang 150 km daripada Bangkok. Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam dan melalui kawasan pantai yang indah iaitu Pantai Pattaya. Kepada peminat-peminat pokok dan tanaman, berkunjunglah ke Nongnooch Park, Pattaya dan melihat beribu-ribu spesis pokok daripada seluruh dunia yang terdapat di taman ini. Taman ini terletak di kawasan seluas 500 rai atau 200 ekar. Untuk masuk ke taman ini, yuran sebanyak Baht500 dikenakan kepada pengunjung dari luar negara, dan berbaloi!
Pintu masuk ke Taman Noongnooch |
Menonton pertunjukan kebudayaan Thailand |
Dihimpit gajah jinak! |
Si Patah Tangan menonton pertunjukan gajah |
Muka Si Patah yang boring... |
Setelah 3 jam di sini di sini, baru sedar bahawa perut kami sudah mula berkeroncong....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan