Selasa, Disember 18, 2012

Bangkok!

Catatan 15122012

Setelah 24 jam berkereta api dari Stesen Sungai Golok, kami tiba di stesen terakhir iaitu Stesen Hua Lumpong pada pukul 12.30 tengah hari. Kami dijemput oleh Tuan Haji Rozi Bensulong, Pengarah Yayasan Kebajikan Islam Yala.
Stesen Hua Lumpong, Bangkok

Lapar! Rungut anak-anak. Dengan menaiki bas dan kemudiannya berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh, kami menuju ke Jalan Phetchaburi 7 mencari restoran halal. Terdapat banyak deretan kedai makan yang dimiliki oleh orang Islam di kawasan itu. Tuan Haji Rozi membawa kami ke sebuah restoran yang dimiliki oleh Melayu Pattani. Makanannya sangat sedap.
Backpacker lengkap berbaju kurung Riau di tengah-tengah Kota Bangkok!







Setelah selesai menikmati makan tengah hari, sebelum mendaftar masuk ke Hotel Regent, Jalan Ramkhanghaeng, kami menunaikan solat di Masjid Darul Aman. Masjid ini terletak bersebelahan dengan kedai makan Pattani tadi. Ruang solatnya besar dan selesa. Bilik airnya dan tempat mengambil wuduknya  bersih dan selesa. 

Dengan menaiki teksi, kami bergerak ke Hotel Regent yang terletak di Jalan Ramkhanghaeng. Hotel ini dimiliki oleh orang Islam dan kebanyakan pekerja hotelnya ialah orang Islam. Terdapat restoran yang menyediakan makanan halal dengan harga yang agak murah, iaitu di Restoran Bunga Raya yang terletak bersebelahan dengan lobi.  Kami menempah 2 buah bilik deluxe. Harga hotelnya agak murah jika dibandingkan dengan harga hotel di Malaysia. Bayangkan, dengan hanya membayar lebih kurang RM120.00 untuk sebuah bilik, kami dapat menginap di bilik ini dengan selesa. Hotel seperti ini kalau di bandar raya Kuala Lumpur rasa-rasanya boleh menjangkau hingga RM300.00 untuk satu malam.







Jika ke Bangkok dan berhasrat untuk menginap di hotel ini, buatlah tempahan lebih awal kerana biasanya hotel ini menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Nombor telefon +66 2 318 4444, laman sesawang http://www.regentthailand.com


Tiada ulasan: