Sabtu, Februari 16, 2013

Majlis Peminangan, Pertunangan dan Akad Nikah Kak Eina Affandi dan Shamsor...


15021013
Jumaat yang penuh berkat...

Dengan nama Allah yang Maha  Pengasih lagi Maha Penyayang.
Anakku, telah kami sempurnakan tanggungjawab kami. 

Semoga Anakanda Eina Affandi bertemu bahagia dengan pilihan hatinya, Anakanda Shamsor kekal hingga syurga.

9.30 pagi - Majlis Peminangan dan Pertunangan
9.30 malam - Majlis Akad Nikah


Pelamin Kak Eina..







Memenuhi impian pelamin angan Kak Eina - yang mudah, mulus, ringkas, bersih, putih





Sabda Rasulallah S.W.T, "Apabila datang melamar kepadamu orang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau engkau tidak berbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas" - Riwayah at-Tarmizi, Ibn Majah dan hakim.


Majlis Peminangan dan Pertunangan
9.00 pagi








Malam ni mereka akan menjadi besan saya!

Majlis Akad Nikah
9.30 malam































Anakanda Eina, kesayangan dan kecintaan Ibu,
Ingatlah..

Perkahwinan
adalah kesukaran
mengurangkan beberapa kebiasaan
Yang kadang-kadang mengurangkan kewujudan
Dan seorang perempuan selalu mengurangkan kewujudan
Untuk melengkapkan kejadian.

Perkahwinan bagi perempuan
Ialah perlindungan
Untuknya yang tidak lagi berani
Hidup sendiri dan menegakkan peribadi
Kerana harga yang terlalu tinggi.

Puisi 'Perkahwinan' - Zurinah Hassan

Khamis, Januari 31, 2013

Luka...

310113
Kalaulah hati itu boleh dilihat fizikalnya, sudah pasti segala luka, segala parut, luka lama, luka baharu, parut yang lama, akan terserlahlah.
Tetapi, Tuhan itu kaya dan punya banyak rahsia. Segala yang tersimpan di dalam hati hanya Dia yang tahu. Terus kekal jadi rahsia.
Kalaulah hati itu kita tahu di mana letaknya, sudah tentu mudah dirawat dan dilihat, akan terserlahlah dalam tidaknya cinta, ikhlaskah kita dalam persahabatan. Tetapi begitu indah Tuhan mengaturkan, segalanya terus kekal jadi rahsia. Kita tidak akan pernah tahu. Selamanya.

Cuma tinggal kita terus memujuk dan merawat hati sendiri.

Ya, luka, melukai, terluka, melukakan
Sangat-sangat!

Rabu, Disember 19, 2012

Nongnooch Park, Pattaya Thailand...

17 Disember 2012

Kota Bangkok, kota hidup yang tidak pernah tidur. Pagi ini kami akan bergerak ke Nongnooch Park yang terletak di daerah Cholburi, iaitu lebih kurang 150 km daripada Bangkok. Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam dan melalui kawasan pantai yang indah iaitu Pantai Pattaya. Kepada peminat-peminat pokok dan tanaman, berkunjunglah ke Nongnooch Park, Pattaya dan melihat beribu-ribu spesis pokok daripada seluruh dunia yang terdapat di taman ini. Taman ini terletak di kawasan seluas 500 rai atau 200 ekar. Untuk masuk ke taman ini, yuran sebanyak Baht500 dikenakan kepada pengunjung dari luar negara, dan berbaloi!


Pintu masuk ke Taman Noongnooch


Menonton pertunjukan kebudayaan Thailand



Dihimpit gajah jinak!

Si Patah Tangan menonton pertunjukan gajah

Muka Si Patah yang boring...


















































Setelah 3 jam di sini di sini, baru sedar bahawa perut kami sudah mula berkeroncong....