Setiap kali sesi persekolahan dibuka, semua guru akan sibuk (bagi yang sibuk le!!) dan berusaha untuk melengkapkan segala maklumat dalam buku persediaan mengajar yang baru dan merancang bentuk dan format penulisan buku rekod yang menarik dan kreatif. Satu daripada tugas wajib guru di sekolah selain daripada masuk ke kelas untuk melaksanakan proses pengajaran ialah menyediakan buku persediaan mengajar atau dengan perkataan lain, disebut juga sebagai buku rekod pengajaran. Sesetengah dari guru terutama yang telah mengajar lebih daripada 20 tahun, penyediaan buku ini kadang-kadang jadi menjemukan.(Inilah buku persediaan mengajar saya tahun 2010 yang akan saya kelek sepanjang hari saya di sekolah dan sehingga entri ini ditulis, buku ini masih lagi kosong kerana saya masih memikirkan konsep yang ingin saya terapkan di dalam buku ini.. bergaya Inggeriskah?? atau kontemporarikah?? atau tradisionalkah???)
Buku rekod pengajaran merupakan perancangan prapengajaran seseorang guru sebelum masuk ke kelas dan buku rancangan mengajar yang baik seharusnya mampu menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan dan terancang. Saya tidak suka menggunakan istilah "buku rekod mengajar" kerana kalau dilihat kepada maksud rekod, ini bermakna buku ini hendaklah ditulis seusai proses p&p berlangsung. Di Terengganu, inilah buku yang disediakan untuk guru-guru di negeri ini. (Ini buku rancangan mengajar saya tahun 2009.. siap ditampal dengan kuntuman bunga lagi agar nampak ceria) (Hmmm... memang tahun 2009 tahun penuh dengan bunga) (Jadual Waktu juga ada bunga)(Bunga lagi..!!!)
Penulisan buku rekod mengajar ini tidak boleh dipandang enteng oleh guru kerana termaktub dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999. Tidak seperti zaman dulu-dulu, kini penulisan buku persediaan mengajar dipermudah dan guru-guru hanya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) sahaja. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.
(Saya suka buku persediaan mengajar Ustazah Alani yang kemas dan cantik ini.. beliau memanfaatkan kemudahan ICT dengan baik.. dan tulisan jawinya juga cantik, secantik tuannya!)(Saya juga suka melihat tulisan Madam Fauziah Adam dalam buku persediaan mengajarnya.. tulisannya juga cantik dan teratur) (Ini pula buku Rekod Hajah Roslina Ismail yang suka akan warna-warna terang)
Buku persediaan mengajar juga boleh ditulis dengan tangan atau dicetak dengan komputer.(Cantik juga tulisan cikgu ni.. hehehe.. ada unsur bangga diri dalam ayat ini!!!)
Buku rekod pengajaran merupakan satu dokumen rasmi dan seharusnya diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Ini bermakna jika guru gagal menyiapkan buku ringkasan mengajar, tindakan denda dan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka. Buku persediaan mengajar juga boleh menjadi bukti sama ada guru mengajar mengikut sukatan ataupun tidak.(Saya paling seronok apabila ada cuti umum...)
Menurut Pekeliling 256 Kementerian Pendidikan, Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan tidak berbelit-belit. Guru-guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menuliskan buku rekod ini. Hal ini demikian kerana guru sudah terbeban dengan pelbagai tugas lain seperti menyemak buku latihan pelajar, menguruskan proses pengujian dan penilaian dan juga tugas-tugas perkeranian. Janganlah pula, kerana mahu kelihatan kreatif dan inovatif, buku persediaan guru ditampal dengan manik-manik kristal atau renda pula!!!
(Contoh penulisan buku persediaan mengajar yang ringkas tetapi lengkap semua item yang dikehendaki seperti tajuk, objektif/ hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian)
Apabila disebut tentang buku rekod ni timbullah pelbagai tanggapan dan persepsi dalam kalangan guru, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Penyediaan buku rekod mengajar ini ada kalanya menjadi beban bagi sesetengah guru sehingga ada sesetengah kes, ada guru yang sampai setahun buku persediaan mengajarnya masih lagi kosong tidak bertulis. Dan, yang lebih parah lagi, ada juga kes guru yang buku persediaan mengajarnya boleh hilang dan lesap begitu saja dan menyusahkan para pentadbir untuk membuat penilaian prestasi tahunan terutama pada akhir tahun.
(Emmm... ringkas sangat rasanya ni...)
Saya cukup benci dan menyampah dengan ayat ".. saya tak punya banyak masa untuk menulis buku persediaan mengajar seperti ini.." Habis?? Masa senggangmu adakah digunakan sepenuhnya untuk tujuan P&P?? Rasanya, daripada menghabiskan masa berbual-bual kosong, bercakap tentang bisness yang tak sudah-sudah, lebih baik kita gunakan masa luang tersebut dengan sesuatu yang memberi manfaat, bukan saja untuk kita, tetapi juga untuk orang lain agar nanti duit gaji yang kita gunakan untuk memberi makan untuk anak-anak betul-betul berkat dari sumber rezeki yang halal.
Walau apapun alasan.. kita kena sediakan juga buku persediaan mengajar. Dan, harap-harap pihak pentadbir terfikir untuk menganugerahkan sijil penghargaan untuk guru-guru yang mampu menyediakan buku-buku persediaan mengajar yang cantik, kreatif dan penuh panduan ini. Dah lama dahhh saya menunggu!!!

16 ulasan:
salam..
saya cuma hdk kepastian ttg Buku rekod mengajar ni...boleh atau tidak dihias cantik2 dan kreatif gitu..sebab BRM dokumen rasmi pegawai PPS? idea kreatif tu beri inspirasi kpd saya..alih2..xbuat sb too fancy2..waaaafrust ni..
salam..
janganlah dihias berlebih2, setakat nak letak sedikit kertas warna untuk kelas mengajar rasanya taklah menjadi kesalahan. Saya pernah beberapa kali diobserve oleh Nazir untuk kenaikan gred dari DG48 hinggalah ke gred dg52dan mereka tak pula komplen apa2..
yang penting, dokumen yang kita sediakan ini lengkap dan memenuhi item2 yang dikehendaki.
Allahu 'alam.. nanti saya confirmkan dgn nazir.
Salam. Entah kenapa saya tersesat masuk dalam weblog cikgu. Bahasa cikgu cukup baik. Tahniah. Cuma saya rasa tersentuh kerana dalam kesantunan berbahasa cikgu, cikgu mengutuk rakan-rakan seperjuang lain. Takkah itu bertentangan dengan etika perguruan yang kita sanjung dan junjung. Kenapa pula cikgu harus memaparkan ringkasan mengajar orang lain? Apakah jenis lesen yang cikgu miliki sehingga sanggup cikgu mencuri rakam buku kawan. Ya mungkin bagi cikgu yang buruk jadi sempadan tapi apakah kewajarannya buruk orang yang cikgu nampak.
Saya juga seorang guru. Saya suka kalau guru-guru kita, sesama kita, bergerak dalam barisan yang lurus dan tertib. Namun, janganlah nilai orang lain itu ini... kerana mungkin kita sendiri pun jalan seperti bertatih berlari seperti merangkak. duduk terberak keluar taik lebih busuk dari orang lain.
Terima kasih Cikgu Abdul Aziz Kuala Lumpur atas kritikan dan saranan. Untuk pengetahuan saudara, tidak sama sekali saya mencuri dan merakamkan buku2 persediaan mengajar rakan2 kerana yang baik kita jadikan sebagai panduan, yang buruk kita jadikan sempadan. Bukan niat mencari aib dan kesialapan org. Blog ini hanya suara rasa saya, org yang telah bergelumang dalam dunia pendidikan berpuluh2 tahun dan melalui segala onak, duri dan pahit-getir. Dunia pendidikan kita memerlukan org2 yang kuat dan tabah, yang rajin, komited. Saya bukanlah yang terbaik tetapi sebagai guru, saya mestilah menjadi model yang baik kepada rakan2..saya mahu kita semua sebaris sederap dan selangkah untuk menjayakan matlamat pendidikan negara. Dan seboleh mungkin saya juga mahu bertatih, berlari dan merangkak hatta terberak pun bersama-sama.
Sekadar singgah dan terpanggil untuk memberi komen balasan kepada catatan Abd. Aziz KL. Saya selalu masuk blog ini dan membaca semua catatan. Bahasanya biasa dan tidak 'mengutuk' seperti yng digambarkan oleh Abd. Aziz. Dia tidak perlu memiliki sebarang 'lesen' untuk memaparkan sesuatu yang sepatutnya dipaparkan buat renungan bersama. Lainlah jika dia menyatakan nama pemilik buku rekod tersebut. Apa yang dilakukan hanyalah sekadar perbandingan antara yang baik dan yang tidak baik. Mungkin ramai yang sudah berfikir untuk memberi tumpuan lebih kepada penulisan buku rekod setelah membaca catatan beliau. Jadi, ambillah yang positif daripada memberi komen yang kurang bermutu yang langsung tidak memberi apa-apa dorongan.
Sabarlah kekanda fariza, dalam hidup ini manusia ini rambut saja sama hitam (sekarang..sudah putih kot) tapi HATI bercorak-corak. Apa yang kita buat, walhal adinda rasa tulisan kekanda tidak menyentuh mana-mana peribadi orang lain sekadar membuat perbandingan di antara sesuatu yang sedap dipandang dengan sesuatu yang 'sakit mata' memandang. Biasalah. Adinda kasihan pula kepada insan-insan yang 'tiada kerja' itu yang cuma tahu mengkritik orang lain walhal kentut sendiri busuk tidak disedari. Betullah. sakit pula hati dinda membaca coretan yang entah apa-apa dari insan yang hanya pandai mengutuk.
Ok, dinda harap kekanda teruskan kerja murni itu demi memartabatkan lagi kerja buat cikgu. Syabas. Kekanda memang cemerlang di dalam apa jua bidang yang kekanda ceburi.
Etika pendidikan itu jelas melarang kita memburuk-burukkan rakan sejawat. Apa cara sekali pun kecil, ringan atau sikit cemuhan pun kita kalau benar-benar kita menganut etika itu, maka kita tidak boleh melakukannya.
Kami tafsirkan etika itu sebagai tiada baik guru boleh dijadi tauladan dan tiada buruk guru boleh dijadikan sempadan. Maknanya kalau ada guru di bawah seliaan cikgu yang gagal dalam sesuatu tugasan, cikgu mestilah memaklumkan kepada beliau langkah-langkah perlu supaya kelemahan dibaiki. NEVER EVER PUBLISH OTHER TEACHERS WEAKNESSES.
Apa pula kalau guru itu bagus? Kenapa pula dia harus dijadikan teladan? Kita guru kita orang profesional. Apa pula kenanya nak dipuji polis yang menangkap penjahat. Itu kan kerja dia. Kalau guru mengajar bagus. Itu kan juga kerja guru. Semua telah tergaris.
Cuba cikgu fikirkan kenapa etika ini kita tafsirkan begitu? Pandangan saya, kita ke sekolah dengan satu matlamat saya. Matlamatnya ialah pelajar. Guru kalau dia diletakkan di sekolah, perjuangannya hanya untuk pelajarnya sahaja. Perjuangannya tidak untuk dirinya atau diri cikgu lain.
Hebatnya guru sampai disamakan dengan lilin dek perjuanganya yang bertunjangkan etika profesional itu Sekarang jarang lagi kita dengar ungkapan guru umpama lilin membakar diri menerangi orang lain. Mungkin banyak sangat sempadan yang terbina kerana guru-guru kita sendiri lebih senang menghias buku ringksan dan membandingkan dengan rakan-rakan yang mungkin tulisannya macam cakar ayam.
Cikgu...saya pohon cikgu buangkan gambar contoh buku ringkasan yang bagi cikgu ringkas sangat tu.
Salam.
assalamualaikum..
saya terpanggil untuk menulis komen di ruangan ini..
saya cikgu reeta dari pontian, johor.. tahun ini adalah tahun ke 20 saya mengabdikan diri dalam bidang pendidikan..
sedikit sebanyak, saya rasa bersetuju dengan en abdul aziz..
matlamat utama seorang guru ialah anak didiknya..
tetapi zaman ini, saya melihat ramai guru dari generasi baru enggan menerima ungkapan 'guru umpama lilin'.. mereka berpandapat lilin itu suatu yang jelek berbanding guru yang mulia.. yang sebenarnya mereka masih tidak memahami apa itu 'pengorbanan' seorang pendidik..
untuk mereka, mengertilah, bahawa, guru bukan setakat pekerjaan.. tetapi guru adalah suatu pengorbanan..
tentang buku rekod itu, memadai menulis apa yang penting sahaja.. jika ada meraikan apa2 majlis di sekolah, lesson note tetap perlu ditulis, dan di bawahnya dicatat sebegini : P&P ditangguhkan kerana adanya sambutan maulidurrasul peringkat sekolah.
Begitu, bukanlah perlu menampal buku program majlis tersebut.
wallahualam.
yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari saya, maka maafkan saya jika ada sesiapa tersinggung.. mari kita kembali kepada kebenaran.
salam,
cikgu reeta.
Salam buat semua...
Saya Ain dari Kuantan..baru berkecimpung di dalam bidang pendidikan selama 9 tahun....belum cukup usia lagi untuk menegur orang lain.
Namun, saya ingin meluahkan memberikan pendapat. Tidak salah saya rasa untuk menghias BRM asalkan tidak terlalu berlebihan. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.
Saya sendiri sering mencari jalan bagaimana cara untuk memastikan BRM saya kelihatan kemas dan tidak terlalu 'kusam' dan jemu untuk dipandang, disamping lengkap mengikut apa yang seharusnya ditulis. Bukannya apa...saya mahu apabila pemantau datang dan melihat BRM saya, beliau faham apa yang saya tulis.
Suka untuk saya kongsikan di sini, sebuah sekolah menengah di bandar Kuantan, pengetuanya memberikan pengiktirafan kepada mana2 guru yang BRMnya kemas dan menarik walau pun tidak dipinta oleh guru tersebut. Dan pada bulan ini seramai 5 orang guru telah menerima pengiktirafan ini termasuklah guru lelaki.
Cuma, saya ingin bertanya tentang penulisan BRM jika ada apa2 keraian di sekolah. Majlis tersebut telah kita tahu seminggu atau sebulan sebelum itu...jadi perlukah kita menulis lesson note?
Sekian,
Ain
Kuantan
Salam Ain, Kuantan.
Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan dan berkongsi idea. Betul yang diperkatakan oleh Ain, tidak salah kita menjadikan RM kita sedap dipandang mata. Antara ciri orang yang cemerlang ialah apabila dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya lebih baik daripada org lain, walaupun perkara yang dianggap kecil oleh org lain. Tahniah Ain. Dengan penulisan BRM yang kemas dan cantik, kita boleh menjadi model kepada pelajar2 kita terutama dlm penulisan nota mereka.
Jarang sebenarnya pihak pengurusan sekolah yang memberikan pengiktirafan kepada guru2nya yang mampu menguruskan BRM mereka dgn baik. Secara tidak langsung, pengiktirafan walau dalam bentuk apa sekalipun akan menaikkan semangat seseorang guru utk berkhidmat dgn lebih cemerlang lagi. Tahniah...
Ain,
Amalan di sekolah kami, apabila ada sesuatu majlis atau acara seperti kejohanan sukan, majlis maulidur rasul, hari kokurikulum, sambutan hari guru, sambutan kemerdekaan yang program tersebut telah disusun lebih awal dan dimaklumkan lebih awalm kpd guru-guru, kami tidak perlu menyediakan rancangan harian pada hari2 tersebut, hanya sekadar melekatkan buku aturcara atau pamplet program sahaja.
Sekian, semoga Ain akan menjadi guru yang cemerlang...
salam,
1. Saya fikir adalah tidak sesuai buku rekod di hiasi begitu rupa kerana ia adalah dokumen professional ppps. Saya tidak fikir ia persoalan mengenai kreativiti tetapi lebih kepada profesional. saya juga guru yang telah mengajar lebih 20 tahun dan seorang GC tetapi tidak pernah menghias buku rekod dengan sedemikian rupa. Dalam hal ini kita kena merujuk pekeliling dan mengintepretasinya dengan betul.
2. Saya juga berpendapat adalah tidak profesional untuk merakam gambar buku rekod rakan sejawat tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka. Saya rasa niat puan baik tetapi kadang-kadang keghairahan puan yang menyebabkan tindakan yang tidak sesuai.
walaubagaimanapun, teruskan blog puan ini ya!
salam cekgu!walaupun sy xkenal cekgu n cekgu pun xkenal sy jgk..pe pun sy juz nk ucap time kaseh coz sudi share2 psl buku persediaan mengajar sbb sy kene wat kajian psl mende nie...~wajib bg pelajar yg ambik course pendidikan...thankz a lot cekgu!~
tengah pening menyiapkan RPH & RPT. boleh tahan gak dekorasi buku rekod mengajar kawan2 chekgu.
selamat mengajar buat para guru.
Salam kepada semua rakan guru,
Saya terdampar diruangan ini ketika sedang mencari apakah kandungan lain yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam buku rekod pengajaran.. dan setelah membaca komen rakan-rakan saya ingin juga menyampuk sepatah dua kata.
Sebenarnya saya sangat tidak bersetuju dengan kecenderungan guru-guru menghias berlebihan buku rekod mengajar nih. Kalau setakat melekatkan buku program aktiviti saya masih boleh terima tapi bila sampai dah masuk bunga dan kepulan awan rasanya ia tidak membantu apa- apa dalam meningkatkan mutu PnP kita.
Sebagai kata rakan kita yang seorang itu, buku rekod adalah dokumen rasmi, mestikah dihias begitu rupa, saya takut nanti laporan-laporan yang harus dihantar ke pihak atasan juga akan dihias jugak dengan alasan agar sedap dipandang.
Saya ingin sarankan disini lebih baik buku rekod mengajar kita tu kita masukkan bahan-bahan ABM ( sekiranya bercetak lah) sebagai rujukan. Lebih bermakna rasanya dari ditampal gambar bunya dan bentuk-bentuk lain.
Cuma yang terkilannya pengetua saya tidak mengizinkan saya membuat rekod mengajar dalam bentuk fail. Bagi saya kalau dibuat fail banyak bahan-bahan yang saya gunakan untuk sesuatu kelas itu boleh saya selitkan sekali untuk rujukan saya. Susah juga kalau saya hendak lekatkan dalam buku rekod, nanti terburai abis..
Maaf sekiranya saya terkasar bahasa.. cuma luahan rasa sahaja..
Salam....tahniah...blog yang menarik...saya tertarik untuk berkongsi rasa dan minda bersama anda selepas diperkenalkan oleh teman baik saya Cikgu Rohaida Abas. Harap cikgu dapat membantu saya khususnya dalam pengajaran BM STPM
Salam,
Sekiranya saya nak gantikan buku rekod mengajar dalam bentuk fail adakah saya dikenakan dengan tindakan tatatertib?
Catat Ulasan