Sabtu, Mei 15, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Esok 16 Mei, seperti tahun-tahun sudah, semua guru akan meraikan hari ini sebagai hari mereka, iaitu hari yang agak istimewan, tidak seperti hari biasa yang dilalui oleh seseorang guru. Selamat menyambut hari guru buat semua pendidik di seluruh Malaysia.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, tema yang sama juga dengan tema hari guru tahun lepas.
Apa hadiah yang akan anda terima esok? Pada saya, tak perlulah hadiah, cukup sekadar ingatan daripada murid-murid terhadap kita, sama ada melalui SMS, Facebook, Friendster, kad ucapan dan sebagainya. Berat hati ni nak menerima hadiah daripada mereka. Mereka bersusah-payah membuat persiapan untuk menyambut hari guru esok itupun merupakan hadiah yang sangat bermakna.
Terima kasih anak-anak...
.

2 ulasan:

ali allah ditta berkata...

"SELAMAT HARI GURU"

jadi guru yang baik bukan baik jadi guru.......

salam dari saya.

Tanpa Nama berkata...

salam....

berpengalaman sambut hari guru n biasa terima hadiah berplastik2. Namun saya lebih suka kalau pelajar2 tidak berbelanja besar utk meraikan guru, cukup sekadar nota atau kad yg saya boleh baca berulang kali...Ya saya masih menyimpan kad2 tsb... hadiah?..mana2 yg saya xguna saya berikan pd mereka yg menggunakannya.
Well, I'm a Taurean... rusmin