Alhamdulillah, hari ini selamatlah sudah Si Bongsu Abu Zar dan sepupunya, Nur Salman Mohammad Fauzi dijawikan. Tidak seperti abang-abangnya sebelum ini yang agak gusar dan takut, si bongsu nampaknya begitu tabah dan ingin benar dikhatankan sebelum dia melangkahkan kaki ke Tahun 6 pada tahun 2011. Mungkin dapatlah dia berbangga dengan rakan-rakannya nanti bahawa dia sudah melangkah ke alam dewasa, meninggalkan zaman anak-anaknya. Dan hari ini, dia dan Salman berjaya melepasi ujian kesakitan dan ujian kesabaran. Dia benar-benar kuat dan tabah. Dan, Si Salman yang lucu dan lugu itu masih sempat mengunyah chewing gum semasa disunatkan. Dan, masih sempat juga dia menenangkan Abu Zar, menyuruhnya beristighfar dan berselawat serta memberikan tips-tips untuk cepat sembuh.
Semoga Abu Zar dan Nur Salman membesar dalam persekitaran yang sihat, menjadi lelaki-lelaki yang baik, beriman, bertanggungjawab, kacak, pintar cerdas dan punya peribadi besar. Amin.
1 ulasan:
oh k'za
bila baca entri k'za, teringat kisah kawan min yg bru sampai di FoCo ni n tgh mengandung baby perempuan. sambil2 bersembang bertanya nak sunatkan baby perempuan kat mana.
Hatta min yg berkawan dgn keluarga kira perintis islam di sini, bapanya kira imam masjid tapi Dr. prof yer.., ibunya amerikan yg convert dan mereka bermazhab hanafi. bila min merujuk pd mereka.. phuih... siap kata "don u ever ask anybody, u'll b called barbaric..." hmmm...
moral of d story, sunat lelaki ada kajian sains bukti baik utk kesihatan tapi sunat wanita dianggap satu penganiayaan ke atas nafsu wanita.
n min ttp mencari n mengoggle.. mazhab syafie mwajib bersunat atas perempuan...
btw insyaAllah baby tuh sunat bila balik mesia lah gamaknyer
wallahuaalam.
Catat Ulasan