Bumi kita semakin menua dan saya tidak mahu menambahkan beban dengan turut sama memusnahkannya. Sayangilah bumi ini, saya mahu hidup lebih lama dan mahu terus menghirup udara yang segar dan nyaman untuk saya terus berbakti. Ayuh, kita kembali menggunakan beg kertas, atau bawa saja beg mesra alam setiap kali ke pasar raya atau ke kedai runcit. Marilah kita sama-sama melestarikan dunia ini tanpa kemusnahan. Wah, pencinta alam juga saya!
Catatan:
Di daerah saya, beg plastik dipanggil sebagai "supek rok-rak" dan ada juga yang menggelarkannya sebagai "supek gelenyar"! Beg plastik mengambil masa 100 hingga 200 tahun untuk dilupuskan.
1 ulasan:
Kat Terengganu dah mula ke kempen Tanpa Plastik Beg? Setahu saya, kat Selangor dah mula sejak tahun lepas lagi. Tapi cuma hari Sabtu ajelah.
Mc Dee dah mula beri paper bag for take home.
Catat Ulasan