18 Mac 2012
Agenda hari ini bermula dengan memenuhi undangan untuk bersarapan di kediaman rasmi Tuan Thavi Soadsong, Setiausaha badan Pentadbiran Selatan Thailand. Untuk masuk ke kediaman beliau, kami terpaksa melalui beberapa kawalan keselamatan yang ketat dengan tentera bersenjata. Perbincangan tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN dibincangkan dalam bahasa Thailand dan Ayahanda Abdul Rahman Tupa bertindak sebagai jurubahasa.
|
Pintu masuk ke Pusat Pentadbiran Selatan Thailand |
|
Kediaman rasmi Setiausaha Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand |
|
Perbincangan tentang keperluan Bahasa Melayu disebarluaskan dan digunakan dalam pelbagai urusan termasuk untuk urusan ekonomi |
|
Hidangan nasi dagang, rasanya sama dengan nasi dagang Kelantan |
Setelah selesai kunjungan dan bersarapan, kami dibawa ke Dewan Matta untuk menyambung tugas mengendalikan kursus pengajaran Bahasa Melayu yang Memikat. Saya gembira dan sangat teruja!
Sebaik sahaja sampai di Dewan Matta yang terletak di dalam kawasan kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wan Mohammad Noor, ada merak kayangan menyambut kedatangan kami.
Bengkel bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Ada acara perasmian hari ini yang disempurnakan oleh Tuan Thavi Soadsong sendiri. Petang ini ke mana pula ya...
|
Kerabu mangga kesukaan saya, menu wajib untuk makan tengah hari... |
|
Ruang dalam kediaman Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wan Mohammad Noor yang dipanggil sebagai Baeno (Abang Nor) oleh masyarakat setempat. |
Malamnya, kami penuhi dengan menziarahi 3 buah rumah, rumah Tuan Haji Soleh Wandeng, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam, Yala dan dihidangi dengan buah-buahan tempatan dari kebun Ustaz Soleh.
Di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Tupa pula, pukut mangga Laila menunggu tetapi mana lagi mahu diisi. Perut sudah penuh!
|
Pulut mangga dari Kedai Laila |
Dan, akhirnya, rumah Tuan Haji Razi, Pengarah Yayasan Kebajikan Islam Yala, juga Mudir Sekolah Haji Harun.
|
Tuan Haji Razi Bensulong dan isteri |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan