Isnin, Januari 03, 2011

Hari pertama persekolahan

Selamat kembali ke sekolah! Semoga sesi persekolahan 2011 berjalan dengan baik, berlangsung dengan baik untuk mendapatkan pengakhiran yang baik harapnya. Tahun ini saya berharap sangat agar kawasan sekolah saya akan menjadi sebuah sekolah yang bebas asap! Entahlah...

Saya telahpun memulakan kelas bahasa saya hari ini. Seperti biasa, pesan saya buat anak-anak pelajar; betulkan niat anda dalam menuntut ilmu. Jangan belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata, tetapi untuk kehidupan. Belajarlah bahasamu agar kamu mampu berbahasa dengan sebaik-baik bahasa. Bahasa menjadi jambatan pengikat silaturrahim sesama insan.

Gunakanlah bahasa dengan betul, dan jangan sampai memeningkan kepala pendengar atau pembaca. Jadilah manusia yang dapat memanfaatkan ilmu-ilmu bahasa yang dipelajari untuk menyampaikan rasa dengan penuh berhemah, santun dan memenuhi ciri-ciri bahasa yang baik.

1 ulasan:

Ahmad Nawawi Yaakob berkata...

Selamat pagi cikgu. Selamat bertugas cikgu. Selamat mengajar cikgu. Selamat jadi Bendahari, juru jual buku, jadi polis, jadi bomba, jadi tukang kebun, jadi setiausaha politik, jadi pengawal keselamatan dan semua tugas-tugas guru yang terlalu banyak.