Jumaat, Ogos 03, 2007

SEMALAM & HARI INI

SEMALAM sumber alam menentukan kuasa. HARI INI ilmu menentu kuasa.
SEMALAM hirarki merupakan model rujukan. HARI INI persepakatan merupakan mandat mutlak.
SEMALAM pemimpin mengarah dan menakluk. HARI INI pemimpin bermotivasi dan membimbing.
SEMALAM orang berkepentingan diutamakan. HARI INI insan memerlukan didahulukan.
SEMALAM seorang menentukan tugasan. HARI INI kerja berkumpulan menentukan keputusan.
SEMALAM senioriti simbol kedudukan. HARI INI kreativiti memacu kedudukan.
SEMALAM pengeluaran menentukan kewujudan. HARI INI kualiti menentukan permintaan.
SEMALAM nilai merupakan perkara tambahan. HARI INI nilai adalah segala-galanya.
SEMALAM setiap manusia merupakan pesaing. HARI INI setiap manusia merupakan pelanggan.
SEMALAM keuntungan diraih melalui kesempatan. HARI INI keuntungan diraih melalui integriti

Catatan:
Tapi... betul ke ni???
9 Mimpi Rasulullah S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh Ketaatan Dan Kepatuhannya Kepada Kedua Ibu bapanya..
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat Wuduknya Yang Sempurna..
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat Zikirnya Yang Tulus Ikhlas kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi Solatnya Yang Khusuk Dan Tidak Menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala Puasanya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah Mandi Junub Dengan Rukunnya Yang Sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala Haji Dan Umrahnya Yang Ikhlas Kepada Allah S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah Sifat Silaturrahimnya Dan Tidak Suka Bermusuh-musuhan Sesama Umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala Sedekahnya Yang Ikhlas Kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"