Selasa, Julai 30, 2013

Menanti bulan senyum...

Ujian.
Kesedihan.
Kesakitan.

Zaman ini memang zaman edan!

21 Ramadan 1434H

Sabtu, Julai 20, 2013

Sepuluh sen



Cerita seorang guru.

"Oleh sebab kamu semua dapat menyiapkan kerja dengan baik, saya akan berikan kamu hadiah. Kamu boleh pilih sama ada kamu mahu makanan atau minuman", kata guru itu.

Jawab seorang pelajar, "Guru, saya tidak mahu makanan atau minuman. Kalau guru sudi, berikan saja sedikit wang untuk mencukupkan tambang saya pulang nanti.".

"Berapa ringgit yang kamu perlukan?'

"Hanya 10 sen saja lagi untuk cukupkan tambang pulang saya yang sebanyak RM1.50".

Air mata guru itu meluncur keluar dengan derasnya. Rupa-rupanya nilai 10 sen masih besar nilainya bagi sesetengah insan.

"Guru, tahukah guru? Betapa ruginya saya jika saya datang ke sekolah, tiada guru yang masuk ke kelas saya untuk mengajar. Kalau saya bekerja di kilang kayu pada hari itu, sudah tentu saya akan memperoleh sedikit wang  buat belanja."

Termenung guru itu. Betapa masih ramai insan yang daif hidupnya di dunia ini. 

Tazkirah untuk diri sendiri agar amanah dan bertanggung jawab dalam menjalankan tugas. 
Sekian.

Jumaat, Julai 05, 2013

Terima kasih Tuhan...


Bulan Julai, bulan kelahiran.

Terima kasih kepada semua yang mengirimi saya kuntum ingatan lewat alam siber dan peti pesanan. Semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya - moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup bahagia, moga terus cantik, hidup dalam rahmat dan kasih sayang-Nya dan banyak lagi. Tidak ada seorangpun teman yang mendokan saya agar dipendekkan umur, agar disukarkan rezeki, atau hidup dalam murka Ilahi. Terima kasih semua. Moga diganjarkan balasan dengan yang baik-baik juga oleh Yang Maha Pengasih Maha Penyayang terhadap kalian. Terima kasih semua.

Selamat mensyukuri nikmat usia, moga dipertemukan dengan ulang detik kelahiran tahun yang bakal mendatang.

Walau tanpa ada ingatan dan hadiah daripada dia, sekadar ingatpun sudah cukup.



Isnin, Julai 01, 2013

Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu Wilayah Pattani 3 - 5 Jun 2013

Tarikh: 3 - 5 Jun 2013

Kali ini Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu yang Memikat khusus untuk guru-guru di Wilayah Pattani  pula diadakan, bertempat di Hotel C.S Pattani. Bengkel ini dianjurkan oleh Badan Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (So-O-Bo-Bo) yang didokong penuh oleh Setiausaha Tuan Tsavi Soadsong. Seramai 200 orang peserta terlibat daripada 63 buah sekolah agama swasta dan juga sekolah kerajaan di Wilayah Pattani. Bengkel ini merupakan bengkel kali yang ke-4 yang telah kami kendalikan dan kami gembira kerana masih diberi kepercayaan oleh pihak S0-O-Bo-To untuk kami berkongsi ilmu dan pengalaman pengajaran bahasa Melayu dengan guru-guru mereka.

Hotel C.S Pattani






Bergambar kenang-kenangan dengan Setiausaha Badan Pentadbiran Wilayah Selatan Thai, Tuan Tsavi Soadsong dan Pengelola Persatuan Sekolah-sekolah Agama Swasta Wilayah Pattani