Selasa, Julai 17, 2007

14 PEDOMAN HIDUP MANUSIA

1. Musuh Utama manusia ialah dirinya sendiri
2. Kegagalan utama manusia ialah kesombongan
3. Kebodohan utama manusia ialah sifatnya yang penipu dan munafik
4. Kesedihan utama manusia ialah sifat iri hati
5. Kesalahan utama manusia adalah mengabaikan dirinya sendiri
6. Dosa utama manusia ialah menipu dirinya sendiri
7. Sifat utama manusia yang menyedihkan ialah perasaan rendah diri
8. Sifat manusia yang terpuji ialah semangat dan keuletannya(tabah/ kuat/ liat)
9. Kehancuran besar manusia ialahrasa putus asa
10. Harta utama manusia ialah kesihatannya
11. Hutang terbesar manusia ialah hutang budi
12. Hadiah utama manusia ialah berlapang dada dan pemaaf
13. Kekurangan terbesar manusia ialah sifat keluh kesah dan tidak bijaksana
14. Ketenteraman dan kedamaian utama manusia ialah berdana dan beramal

Tanda-tanda kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakannya kepada keluarga dan sahabat secara langsung tentang kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperoleh tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambali untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Walau bagaimanapun semua tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Inilah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka inilah peluang terbaik untuk memnafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu iaitu bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar. Kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun yang menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semoga kita adalah antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang Maha Berkuasa lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ini adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samaada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wallahua`lam...
10 JENIS MANUSIA YANG MENGHALANG KEMAJUAN ORGANISASI:

1. THE TANK : Terlalu ghairah dan sanggup memburukkan rakan sekerja demi kepentingan dirinya.

2. THE SNIPER : Sengaja mencari kelemahan dan kesalahan orang lain dan menggunakannya sebagai ”senjata” untuk memburukkan orang tersebut.

3. THE GRENATE : Emosi tidak stabil dan boleh ”meletup” bila-bila masa sahaja.

4. THE KNOW-IT-ALL : Berilmu pengetahuan, penuh keyakinan tetapi tidak menerima pendapat atau idea orang lain.

5. THE THINK-THEY-KNOW-IT-ALL : Suka menunjukkan kepandaian sendiri tetapi kurang berpengetahuan, kadang-kadang memberi fakta yang salah.

6. THE YES PERSON : Sentiasa dengan jawapan ”ya” atau ”beres” tetapi tidak melaksanakan kerja seperti yang dijanjikan.

7. THE MAYBE PERSON : Tidak boleh membuat keputusan konkrit sehingga sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan.

8. THE NOTHING PERSON : Tiada pendidiran dan pendapat dalam semua perkara.

9. THE NO PERSON : Pesimistik, berfikiran negatif, dan kadang-kala menjejaskan emosi orang lain.

10. THE WHINER : Sikap terlalu negatif dan pesimis. Semua perkara dijangka akan memudaratkan individu dan organisasi.