Selasa, Ogos 20, 2013

Doa saya malam ni...

Semoga hati ini hilang rasa hasad dan iri,
Semoga terjaga ukhwah tidak berdengki,
Semoga rezeki dan anugerah Tuhan berkati,
Semoga cinta dan kasih sentiasa tersimpan kemas dalam hati♡♡♡

13 Syawal 1434H

Sabtu, Ogos 17, 2013

Saya guru biasa...

Saya hanya guru biasa,
yang saban hari dengan sabar menghabiskan ruang masa,
membetulkan keras lidah,
mengajar tulis dan baca,
membimbing dan mendidik memandaikan bangsa,
juga demi memanusiakan manusia.

Saya bukan ahli politik yang mulia,
atau sang penguasa yang punya banyak kuasa,
bukan juga selebriti yang cantik jelita,
atau hartawan yang kaya raya,
jadi usah ada dengki antara kita,
kuasa, harta, pangkat dan rupa bukan segala,
hidup bukan untuk menongkat langit dan di dunia semata!