Diam tak diam, pejam celik, pejam celik, bulan Februari bakal melabuhkan tirainya. Cepatnya masa berlalu dan begitu banyak perkara yang perlu kita buat setiap hari. Dalam seminggu dua ini, rutin harianku bertambah dengan tugas-tugas di luar waktu kelas pengajaran. Kegiatan kokurikulum, mesyuarat sana dan sini, mengemas kini fail-fail panitia, memeriksa kertas ujian dan tugas pelajar yang bertimbun-timbun, menguruskan pendaftaran peperiksaan dan menyiapkan analisis peperiksaan yang date due-nya yang agak tak masuk dek akal menyebabkan aku tidak punya banyak masa untuk mengemaskinikan blog ini.
Usahlah kita bersengketa dan berdebat perkara yang remeh-temeh yang tidak menyumbang apa-apa kepada dunia sekeliling kita. Kita tinggalkan saja perihal penulisan buku rekod mengajar sebagai mana entri yang telah saya paparkan sebelum ini. Tulislah apa saja yang anda ingin tulis, gunakanlah apa cara yang ingin anda gunakan. Buatlah apa saja asalkan anda senang dan bahagia. Yang penting, buatlah yang terbaik dan menggambarkan perancangan kita dalam melaksanakan pengajaran dan pemelajaran yang berkesan. Tulislah apa sahaja yang anda mahu asal tidak melanggar peraturan. Buat sajalah mengikut keupayaan!!! Buat sajalah.. jangan sampai tak buat!!!
Memaparkan catatan dengan label Alahai buku rekod mengajar..... Papar semua catatan

Khamis, Februari 18, 2010
Jumaat, Januari 08, 2010
Boleh ke Buku Persediaan Mengajar dihias berlebih-lebihan??
Saya tertarik dengan beberapa pendapat teman yang dilayangkan lewat e-mel tentang penyediaan Buku Persediaan mengajar yang dihias secara berlebih-lebihan sebagai mana entri sebelum ini. Pada saya, yang paling penting dalam BPM ialah penyediaannya memenuhi item yang dikehendaki oleh Jabatan Pelajaran. Ada juga yang memuji dan ada yang mencemuh saya kerana memaparkan contoh-contoh penulisan buku persediaan mengajar yang dianggap oleh mereka melampau-lampau dan membazirkan masa guru, guru tidak perlu membuang masa yang banyak untuk itu. Rasanya dalam sehari saya hanya menghabiskan masa 10 hingga 15 minit sahaja daripada waktu tidak mengajar (free period) untuk menyiapkan buku persediaan mengajar saya, bukan berjam-jam!!

(Ini contoh BPM saya tahun 2009, sekadar menggunakan sedikit kertas warna untuk tanda kelas)
Saya cukup sedih dengan cemuhan seperti ini kerana pada masa saya dan rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyediakan BPM dan Bahan Bantu Mengajar, terdapat segelintir guru yang lebih senang menghabiskan masa senggang mereka dengan berbual kosong, bercakap tentang bisnes, menghembuskan kepulan-kepulan asap rokok dan pada masa yang sama mencebirkan bibir ke arah kami seolah-olah kami melakukan perkara yang tidak berfaedah. Kata mereka, daripada menghabiskan masa menulis BPM, lebih baik mereka menyediakan perkara lain yang memberi faedah kepada pelajar. Ahhh... mereka sendiri tidakpun berbuat apa-apa!!
Untuk jalan selamat, bertanyalah pengetua atau guru besar sekolah masing-masing sama ada anda dibenarkan menggunakan kertas berwarna dalam BPM. Memanglah, BPM ialah dokumen rasmi yang mesti dibawa bersama semasa guru berada di dalam kelas untuk melaksanakan proses P&P.
Saya tertarik dengan e-mel yang dikirim oleh seorang sahabat (maaf Min, moga dengan izin) dan rasanya ada baiknya pendapat beliau tentang perkara ini saya paparkan di sini.
____________________________________________________________
Salam,
Saya bukan orang yang arif berkenaan isu yang dibincang namun saya terpanggil untuk berkongsi. Bukan bertujuan membuktikan pegangan saya betul dan tepat namun sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman agar kita mampu berada dalam keadaan selesa dan yakin dengan apa yang kita buat. Pemikiran dan pandangan kita pasti berbeza namun di pihak manapun kita asalkan masih di landasan-Nya syukur alhamdulilah.
Alhamdulilah Allah buka peluang untuk saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan pertama kalinya saya diperkenalkan dengan subjek Undang-undang Pendidikan. Insya-Allah mereka yang melanjutkan pendidikan di Universiti Malaya pasti mengenali Prof. Madya Dr. Tie Fatt He. He was my supervisor during my master degree and even he was my academic referee for my PhD. Terlalu banyak perkara yang selalu saya ambil remeh telah di hi-lite kan semasa kelas undang2 pendidikan. Saya tidak peka dengan hak-hak dan etika saya sebagai guru. Hak guru mungkin sama dengan hak penjawat awam lain tetapi etika seorang guru berbeza. Contoh mudah penjawat awam boleh 'clubbing', berpakaian terlalu seksi e.g. berseluar pendek bagi guru wanita, mengandung tanpa suami(bagi non muslim) dan sebagainya tapi etika seorang guru tidak mengizinkannya. Those who are interested in further discussion about teacher's etiquette should consult PM Dr. Tie, I'm not d expert!!!
Hak-hak seorang murid untuk diberi ilmu, dijaga keselamatan oleh guru, hak pelajar sebagai manusia yang mesti dihormati antara perkara yang saya pandang ringan. Satu kesalahan yang hanya saya sedar dari kelas ini adalah, saya sering menulis 'lemah, perlu lebih berusaha' pada buku rekod kemajuan pelajar. Menurut PM Dr. Tie, jalan selamat sebagai guru kalau ingin sedarkan pelajar yang lemah don write it but say it! why? because anything that is written can be proven in court but if it only verbally..U can deny it... samalah lah juga Buku Rekod Mengajar (BRM)...a wrtten thing, an absolutely black n white evidence! sebenarnya terlalu banyak lagi perkara yang boleh saya kongsi dari kelas tersebut, tapi keterbatasan saya menyebabkan saya lupa apa yang telah saya belajar.
Namun apa yang ingin saya kongsikan dan tegaskan adalah BRM adalah dokumen rasmi. Dokumen rasmi yang diguna pakai sebagai bahan bukti pengajaran. Menulis/merekod BRM adalah perkara wajib setiap guru! HATTA PENGETUA SEKALIPUN!!!! so tidak perlu berdalih, tulis apa yang sepatutnya ditulis maka kita akan yakin dan selesa kita berada di pihak yang benar dan sebaliknya bagi mereka yang enggan. Pemikiran dan pandangan kita pasti berbeza seperti beberapa orang buta yang mendefinisikan seekor gajah. Ada merumuskan gajah binatang berkulit kasar bila berpeluang menyentuh badan gajah, ada menyifatkan gajah berbentuk tiang kerana hanya memegang kaki gajah dan sebagainya. Pada pandangan saya yang serba terbatas akal dan pemikiran asalkan BRM ditulis apa yang sepatutnya, maka bagaimana menghias atau memandangnya terserah. Kita manusia punya banyak kelemahan. Ada yang mampu berbelanja tetapi kekurangan idea kreatif, ada yang kreatif tetapi kekurangan masa, ada yang terlebih masa senggang tetapi kelu dan bisu pabila bersembang, akhirnya hanya mampu serba serbi akan menghasilkan BRM seperti yang di paparkan dalam entri cikgu Fariza.. Pada yang kurang mampu berkarya terserahlah, asalkan yang wajib telah lunas!...
Sebagai penutup saya petik kata-kata dari blogger idola saya Prof. Muhd Kamil Ibrahim;
"Lebih penting bagi saya, biar kita bergaya dalam dunia kita sendiri. Usah terlampau memikirkan apa kata orang, apa orang kata pada kita dan selalulah memerhatikan kejayaan yang dicapai oleh orang lain. Jangan kondem, jangan kutuk, jangan alahai dia tu…., jangan musnahkan hidup orang, jangan dengki-khianat, busuk hati dan pelbagai lagi terutamanya kepada rakan sendiri.
Marilah kita bergembira dengan hidup kita. Berdoalah – Ya Allah jadikan kami orang yang berjaya dunia dan akhirat"
Ameen
Best regards,
RUSMIN YUNUS
500 W Prospect Rd, Apt. 22-J,
Fort Collins, 80526 Colorado
____________________________
Terima kasih Min atas perkongsian ini.. Semoga boleh menjadi panduan kepada kita semua..
Dan ini pula dari sahabat saya, Puan Shahidah Hashim:
Saya setuju, kita buat macam tu masa kita ada masa senggang, kalau sibuk sangat kita buat simple je dan itu bergantung pada masa kita. Apa yang diorang dengki sangat tu, BPM tu kan penting sebagai SKT kita, lantak diaoranglah nak kata apa2 pun. Yang penting hati kita puas dan kita seronok buat kerja tu. Jadi, jadi ada semangatlah nak tulis buku rekod sebab nak hiasnya cantik2. Teruskanlah usaha guru2 sekalian, insya-Allah akan wujud anugerah khas nanti....tunggu.....
_________________________________________
Wah, berkobar-kobar semangat sahabat kita ni!. Cuma, apabila ditanya rakan-rakan tentang rasional penggunaan kertas warna dalam BPM, jawab saya, sekadar mencari keseronokan dalam melakukan rutin, agar tidak jemu dalam melakukan kerja yang sama berpuluh-puluh tahun apalah salahnya selagi tidak membebankan dan mengabaikan tugas-tugas wajib yang lain. Rasanya ini lebih baik daripada sesetengah guru yang bukan sahaja tidak menulis BPM mereka, malah buku persediaan mengajar mereka boleh hilang lesap begitu sahaja!! Tepuk dada tanya selera... Entahlah, tiba-tiba saya terasa ingin sekali menjadi seorang pengetua (Pengetua pun kena tulis buku persediaan mengajar juga!!!)

Selasa, Januari 05, 2010
Alahai, buku persediaan mengajar!!
Setiap kali sesi persekolahan dibuka, semua guru akan sibuk (bagi yang sibuk le!!) dan berusaha untuk melengkapkan segala maklumat dalam buku persediaan mengajar yang baru dan merancang bentuk dan format penulisan buku rekod yang menarik dan kreatif. Satu daripada tugas wajib guru di sekolah selain daripada masuk ke kelas untuk melaksanakan proses pengajaran ialah menyediakan buku persediaan mengajar atau dengan perkataan lain, disebut juga sebagai buku rekod pengajaran. Sesetengah dari guru terutama yang telah mengajar lebih daripada 20 tahun, penyediaan buku ini kadang-kadang jadi menjemukan.
(Inilah buku persediaan mengajar saya tahun 2010 yang akan saya kelek sepanjang hari saya di sekolah dan sehingga entri ini ditulis, buku ini masih lagi kosong kerana saya masih memikirkan konsep yang ingin saya terapkan di dalam buku ini.. bergaya Inggeriskah?? atau kontemporarikah?? atau tradisionalkah???)
Buku rekod pengajaran merupakan perancangan prapengajaran seseorang guru sebelum masuk ke kelas dan buku rancangan mengajar yang baik seharusnya mampu menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan dan terancang. Saya tidak suka menggunakan istilah "buku rekod mengajar" kerana kalau dilihat kepada maksud rekod, ini bermakna buku ini hendaklah ditulis seusai proses p&p berlangsung. Di Terengganu, inilah buku yang disediakan untuk guru-guru di negeri ini. (Ini buku rancangan mengajar saya tahun 2009.. siap ditampal dengan kuntuman bunga lagi agar nampak ceria)
(Hmmm... memang tahun 2009 tahun penuh dengan bunga)
(Jadual Waktu juga ada bunga)
(Bunga lagi..!!!)
Penulisan buku rekod mengajar ini tidak boleh dipandang enteng oleh guru kerana termaktub dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999. Tidak seperti zaman dulu-dulu, kini penulisan buku persediaan mengajar dipermudah dan guru-guru hanya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) sahaja. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.

(Saya suka buku persediaan mengajar Ustazah Alani yang kemas dan cantik ini.. beliau memanfaatkan kemudahan ICT dengan baik.. dan tulisan jawinya juga cantik, secantik tuannya!)
(Saya juga suka melihat tulisan Madam Fauziah Adam dalam buku persediaan mengajarnya.. tulisannya juga cantik dan teratur)
(Ini pula buku Rekod Hajah Roslina Ismail yang suka akan warna-warna terang)
Buku persediaan mengajar juga boleh ditulis dengan tangan atau dicetak dengan komputer.
(Cantik juga tulisan cikgu ni.. hehehe.. ada unsur bangga diri dalam ayat ini!!!)
Buku rekod pengajaran merupakan satu dokumen rasmi dan seharusnya diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Ini bermakna jika guru gagal menyiapkan buku ringkasan mengajar, tindakan denda dan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka. Buku persediaan mengajar juga boleh menjadi bukti sama ada guru mengajar mengikut sukatan ataupun tidak.
(Saya paling seronok apabila ada cuti umum...)
Menurut Pekeliling 256 Kementerian Pendidikan, Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan tidak berbelit-belit. Guru-guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menuliskan buku rekod ini. Hal ini demikian kerana guru sudah terbeban dengan pelbagai tugas lain seperti menyemak buku latihan pelajar, menguruskan proses pengujian dan penilaian dan juga tugas-tugas perkeranian. Janganlah pula, kerana mahu kelihatan kreatif dan inovatif, buku persediaan guru ditampal dengan manik-manik kristal atau renda pula!!!
(Contoh penulisan buku persediaan mengajar yang ringkas tetapi lengkap semua item yang dikehendaki seperti tajuk, objektif/ hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian)
Apabila disebut tentang buku rekod ni timbullah pelbagai tanggapan dan persepsi dalam kalangan guru, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Penyediaan buku rekod mengajar ini ada kalanya menjadi beban bagi sesetengah guru sehingga ada sesetengah kes, ada guru yang sampai setahun buku persediaan mengajarnya masih lagi kosong tidak bertulis. Dan, yang lebih parah lagi, ada juga kes guru yang buku persediaan mengajarnya boleh hilang dan lesap begitu saja dan menyusahkan para pentadbir untuk membuat penilaian prestasi tahunan terutama pada akhir tahun.
(Emmm... ringkas sangat rasanya ni...)
Saya cukup benci dan menyampah dengan ayat ".. saya tak punya banyak masa untuk menulis buku persediaan mengajar seperti ini.." Habis?? Masa senggangmu adakah digunakan sepenuhnya untuk tujuan P&P?? Rasanya, daripada menghabiskan masa berbual-bual kosong, bercakap tentang bisness yang tak sudah-sudah, lebih baik kita gunakan masa luang tersebut dengan sesuatu yang memberi manfaat, bukan saja untuk kita, tetapi juga untuk orang lain agar nanti duit gaji yang kita gunakan untuk memberi makan untuk anak-anak betul-betul berkat dari sumber rezeki yang halal.
Walau apapun alasan.. kita kena sediakan juga buku persediaan mengajar. Dan, harap-harap pihak pentadbir terfikir untuk menganugerahkan sijil penghargaan untuk guru-guru yang mampu menyediakan buku-buku persediaan mengajar yang cantik, kreatif dan penuh panduan ini. Dah lama dahhh saya menunggu!!!
Buku rekod pengajaran merupakan perancangan prapengajaran seseorang guru sebelum masuk ke kelas dan buku rancangan mengajar yang baik seharusnya mampu menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan dan terancang. Saya tidak suka menggunakan istilah "buku rekod mengajar" kerana kalau dilihat kepada maksud rekod, ini bermakna buku ini hendaklah ditulis seusai proses p&p berlangsung. Di Terengganu, inilah buku yang disediakan untuk guru-guru di negeri ini. (Ini buku rancangan mengajar saya tahun 2009.. siap ditampal dengan kuntuman bunga lagi agar nampak ceria)
Penulisan buku rekod mengajar ini tidak boleh dipandang enteng oleh guru kerana termaktub dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999. Tidak seperti zaman dulu-dulu, kini penulisan buku persediaan mengajar dipermudah dan guru-guru hanya perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) sahaja. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.
(Saya suka buku persediaan mengajar Ustazah Alani yang kemas dan cantik ini.. beliau memanfaatkan kemudahan ICT dengan baik.. dan tulisan jawinya juga cantik, secantik tuannya!)
Buku persediaan mengajar juga boleh ditulis dengan tangan atau dicetak dengan komputer.
Buku rekod pengajaran merupakan satu dokumen rasmi dan seharusnya diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Ini bermakna jika guru gagal menyiapkan buku ringkasan mengajar, tindakan denda dan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka. Buku persediaan mengajar juga boleh menjadi bukti sama ada guru mengajar mengikut sukatan ataupun tidak.
Menurut Pekeliling 256 Kementerian Pendidikan, Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan tidak berbelit-belit. Guru-guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menuliskan buku rekod ini. Hal ini demikian kerana guru sudah terbeban dengan pelbagai tugas lain seperti menyemak buku latihan pelajar, menguruskan proses pengujian dan penilaian dan juga tugas-tugas perkeranian. Janganlah pula, kerana mahu kelihatan kreatif dan inovatif, buku persediaan guru ditampal dengan manik-manik kristal atau renda pula!!!
Apabila disebut tentang buku rekod ni timbullah pelbagai tanggapan dan persepsi dalam kalangan guru, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Penyediaan buku rekod mengajar ini ada kalanya menjadi beban bagi sesetengah guru sehingga ada sesetengah kes, ada guru yang sampai setahun buku persediaan mengajarnya masih lagi kosong tidak bertulis. Dan, yang lebih parah lagi, ada juga kes guru yang buku persediaan mengajarnya boleh hilang dan lesap begitu saja dan menyusahkan para pentadbir untuk membuat penilaian prestasi tahunan terutama pada akhir tahun.
Saya cukup benci dan menyampah dengan ayat ".. saya tak punya banyak masa untuk menulis buku persediaan mengajar seperti ini.." Habis?? Masa senggangmu adakah digunakan sepenuhnya untuk tujuan P&P?? Rasanya, daripada menghabiskan masa berbual-bual kosong, bercakap tentang bisness yang tak sudah-sudah, lebih baik kita gunakan masa luang tersebut dengan sesuatu yang memberi manfaat, bukan saja untuk kita, tetapi juga untuk orang lain agar nanti duit gaji yang kita gunakan untuk memberi makan untuk anak-anak betul-betul berkat dari sumber rezeki yang halal.
Walau apapun alasan.. kita kena sediakan juga buku persediaan mengajar. Dan, harap-harap pihak pentadbir terfikir untuk menganugerahkan sijil penghargaan untuk guru-guru yang mampu menyediakan buku-buku persediaan mengajar yang cantik, kreatif dan penuh panduan ini. Dah lama dahhh saya menunggu!!!
Langgan:
Catatan (Atom)