Selasa, Mac 27, 2012

Catatan Yala, 19 Mac 2012

Selamat pagi Yala! Hari yang indah dan tenang. Yala sejuk dan redup. Pagi ini agenda kami bermula dengan memenuhi undangan bersarapan bersama-sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Yala sebelum bergerak ke Dewan Yayasan Matta untuk menyelesaikan tugas mengendalikan bengkel pengajaran bahasa hari terakhir.

Bergambar kenang-kenangan di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Yala
Bersama-sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Yala (tengah)

Struktur organisasi pentadbiran Majlis Agama Islam Yala

Bilik tetamu

Dewan kuliah, tempat kursus perkahwinan

Bilik mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

Stesen radio BIMA yang boleh didengari di seluruh Wilayah selatan Thai hingga Rantau Panjang, Kelantan



Kami bercakap tentang gagasan Komuniti ASEAN 2015 dan hasrat serta harapan untuk mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai lingua franca negara-negara ASEAN. Stesen radio ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan dikendalikan oleh 2 orang penyiar. Salah seorang daripadanya siswazah lepasan Universiti Pertanian Malaysia.





Terima kasih semua, anda semua memang berbudi dan menghormati tetamu. 

Sabtu, Mac 24, 2012

Catatan hari ke-3 Muang, Yala

18 Mac 2012

Agenda hari ini bermula dengan memenuhi undangan untuk bersarapan di kediaman rasmi Tuan Thavi Soadsong, Setiausaha badan Pentadbiran Selatan Thailand. Untuk masuk ke kediaman beliau, kami terpaksa melalui beberapa kawalan keselamatan yang ketat dengan tentera bersenjata. Perbincangan tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN dibincangkan dalam bahasa Thailand dan Ayahanda Abdul Rahman Tupa bertindak sebagai jurubahasa. 


Pintu masuk ke Pusat Pentadbiran Selatan Thailand

Kediaman rasmi Setiausaha Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand

Perbincangan tentang keperluan Bahasa Melayu disebarluaskan dan digunakan dalam pelbagai urusan termasuk untuk urusan ekonomi



Hidangan nasi dagang, rasanya sama dengan nasi dagang Kelantan





Setelah selesai kunjungan dan bersarapan, kami dibawa ke Dewan Matta untuk menyambung tugas mengendalikan kursus pengajaran Bahasa Melayu yang Memikat. Saya gembira dan sangat teruja!

Sebaik sahaja sampai di Dewan Matta yang terletak di dalam kawasan kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wan Mohammad Noor, ada merak kayangan menyambut kedatangan kami.




Bengkel bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Ada acara perasmian hari ini yang disempurnakan oleh Tuan Thavi Soadsong sendiri. Petang ini ke mana pula ya...
Kerabu mangga kesukaan saya, menu wajib untuk makan tengah hari...

Ruang dalam kediaman Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wan Mohammad Noor yang dipanggil sebagai Baeno (Abang Nor) oleh masyarakat setempat.


Malamnya, kami penuhi dengan menziarahi 3 buah rumah, rumah Tuan Haji Soleh Wandeng, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam, Yala dan dihidangi dengan buah-buahan tempatan dari kebun Ustaz Soleh.


Di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Tupa pula, pukut mangga Laila menunggu tetapi mana lagi mahu diisi. Perut sudah penuh!

Pulut mangga dari Kedai Laila





Dan, akhirnya, rumah Tuan Haji Razi, Pengarah Yayasan Kebajikan Islam Yala, juga Mudir Sekolah Haji Harun. 

Tuan Haji Razi Bensulong dan isteri






Yala, saya suka!

Catatan Perjalanan dan Ziarah Jala - Petani - Nara
17 Mac 2012

Selesai tugas hari pertama mengendalikan bengkel pengajaran Bahasa Melayu untuk guru-guru di sini. Ya, kami antara insan bertuah. Allah hadirkan insan baik-baik di sekeliling kita.  Kami bertemu dengan insan-insan berbudi di sini. Yala, suatu tempat yang indah, bersih dan orangnya baik-baik. 


Bangunan Yayasan Matta, Yala, tempat berlangsungnya bengkel pengajaran Bahasa Melayu

Bersama-sama Cikgu Atikah Hamzah..


Cikgu Atikah dan suami, Encik Fauzi
Guru-guru Maahad Al-Irsyad lil-Banat, Yala

Jika ingin menikmati masakan Thailand yang enak, jangan lupa ke Jalan Siroros, depan jam besar. Ada deretan kedai makan bersetentang dengan Masjid Jamek Yala. Terdapat pelbagai jenis makanan di situ, semuanya sedap, bersih dan menyelerakan. harganya juga murah.
Kuechad...

Nasi ayam

Masjid Jamek Yala
Pusat Pengajian Radio Masyarakat Yala, alat penyampaian maklumat paling penting kepada masyarakat Islam Melayu setempat.

Stesen Radio Masyarakat Yala, terletak di bahagian atas masjid. Juruhebahnya menggunakan bahasa Melayu standard yang sangat baik.




Sedang diwawancara oleh Tuan Haji Soleh Wanden, Timbalan YDP Majlis Agama Islam Yala di stesen radio Yala dalam rancangan Hadiah Terbaik. Juga diberi kesempatan menjawab panggilan telefon daripada pendengar. Rancangan ini dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu standard termasuk juga bahasa yang digunakan oleh pemanggil.
Frekuensi radio ini boleh didengari hingga ke Golok.


Dan, selepas bersiaran di radio, kami dihidangi dengan pisang salai yang sedap ini.






Selesai agenda 17 Mac.  Esok cerita lain menunggu...