Sabtu, Jun 01, 2013

Andai sambal kurang pedasnya, andai gulai terlebih garamnya, maafkan kami...

Terima kasih kepada semua sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan yang membantu untuk menyempurnakan majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan puteri sulung kami, Anakanda Eina Affandi dan suaminya Anakanda Shamsor Shamsudin pada 25 Mei yang lalu.
















Yang menghulurkan duit seringgit dua,
yang menghantarkan beras, garam dan gula,
yang meminjamkan kawah, tungku dan segala,
budi tuan kami tak lupa.

Yang menyediakan juadah,

yang membasuh pinggan,
yang mengacau minuman,
yang menghidangkan makanan,
yang menghiaskan rumah,
yang mencucuk bunga telur,
terima kasih atas susah payah,
terima kasih daun keladi.

Kami memohon maaf,

Andai santan kurang lemaknya,
Sambal kurang pedasnya,
Rendang kurang serainya,
Gulai terlebih minyaknya,
Nasi ada yang mentah,
Ulam nan kurang pucuknya,
Maafkan kami..

Kami juga meminta maaf,

jika ada teman yang tidak terundang,
Kalau ada wajah yang salah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut,
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat,
Kalau ada hidangan yang tersalah bekas,
Kalau gelas tersalah letak,
kalau nasi tersalah tambah,
Kalau perut tidak kenyang,
Kalau senyum tak nampak manis,
pohon diampun segala silap.