Jumaat, September 06, 2013

Santun bahasa

Catatan 30 Syawal:

"Cikgu, ada Penyelia Apa Entah daripada Pejabat Pelajaran Daerah Zimbabwe ingin bertemu dengan cikgu di bilik mesyuarat", beritahu kerani sekolah melalui telefon.

"Assalamualaikum, tuan. Saya Cikgu Fariza Nurbaya. Tuan ingin berjumpa dengan saya?", saya memperkenalkan diri kepada Penyelia Apa Entah itu.

"Lamo dah mung mengajar di sekolah ni?", tanya Penyelia Apa Entah itu, sambil membelek-belek fail di tangannya, dan tanpa memandang saya langsung.

"Sudah hampir 10 tahun, tuan." jawab saya. Hati saya mula rasa sebal apabila penyelia itu ber-"aku" dan ber-"mung" dengan saya. Saya rasa seperti tidak dihormati.


"Sudah lama mung jadi GC?. Mung gred berapo?", tanya Penyelia Apa Entah itu lagi.

Saya pandang wajahnya yang tidak 'hensem' itu. "Sudah lamakah tuan mengenali saya? Rapat sangatkah hubungan kita?", tanya saya lembut. 

"Bakpo pulok?", tanya beliau.


"Maaflah tuan. Biasanya kita membahasakan diri kita dengan 'aku', 'mung', 'demo', 'kawe' dsb dengan orang yang kita rapat sahaja. Dengan orang yang kita belum kenal, lebih-lebih dalam konteks rasmi, gunakanlah kata ganti nama dan panggilan yang sesuai." jelas saya. Mukanya menjadi kelat.

Mari kita berbahasa dengan sebaik-baik bahasa.

Bahasa jiwa bangsa.
Salam Jumaat, 30 Syawal.

Khamis, September 05, 2013

Budi dan bahasa..

Catatan bahasa
5 September 2013


"Assalamualaikum. Awak Cikgu Fariza Nurbaya kan? Saya Encik XXY, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Zimbabwe. Awak Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah, kan? Saya mahu senarai Guru Cemerlang Bahasa Melayu Daerah Zimbabwe ini segera melalui e-mel", kata sang pegawai itu dengan suara yang sedikit angkuh.

"Waalaikumsalam. Ya, saya Cikgu Fariza. Maaf ya tuan, saya sedang minum pagi. Bolehkah saya e-melkan maklumat tersebut selepas saya minum nanti?", jawab saya.

"Saya mahu maklumat itu segera, sekarang juga!" kata sang pegawai sebelum meletakkan telefon.

Sebagai guru bahasa, saya selalu menyedarkan anak-anak murid saya tentang perlunya kita menggunakan bahasa dengan santun dan berhemah. Saya mengimpikan pegawai tersebut akan berkata seperti ini:


"Assalamualaikum. Puan Cikgu Fariza Nurbaya kan? Saya XXY, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Zimbabwe. Puan Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah, kan? Saya memerlukan senarai Guru Cemerlang Bahasa Melayu Daerah Zimbabwe ini. Jika tiada halangan pada pihak puan, saya pohon puan menghantarnya melalui e-mel. Kalau boleh sesegera yang boleh."

Jika ungkapan di atas lahir daripada mulut pegawai itu, rasa-rasanya tidak sampai 5 minit saya akan terus berbuat seperti yang dikehendaki. Oleh sebab saya guru yang 'sedikit nakal' dan sangat mementingkan kehalusan dan kesantunan berbahasa, maka maklumat tersebut saya e-melkan seminggu selepas itu. Lalalalala!!!


Rabu, September 04, 2013

Ikhlaslah!!

Catatan 4 September 2013

Semalam saya hanya sempat tidur sepicing semata-mata untuk menyiapkan bahan untuk Kem Akademik STPM Daerah Setiu. Dan, malam ini saya berharap agar dapat menyiapkan bahan untuk Kem Tutorial STPM Daerah Besut pula sebelum menjelang tengah malam. Saya sedang menepis hasutan syaitan yang sedang memujuk-mujuk saya agar menyiapkannya secara sambalewa. Saya tidak suka berdendam. Ikhlaslahhh!!

Like ·  · Promote · 
  • Ampuan Awang Allah bersama orang-orang yang benar sabar
  • Che Hasnah Ismail Ikhlas itu mesti, buat kerja juga mesti...jalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.....
  • Nordin Ismail Profesional...ketepin hal2 yg x relevant....tahniah...
  • Rozaini Ahmad Alhamdulillah...smoga brjaya...amin
  • Nurul Khayra Aku seorg guru...kan...kan...cg Fariza Nurbaya??
  • Azmi Abe Mie biarkn tohmahan n cacian org. tuhan tahu niat d hati kita
  • Fariza Nurbaya Che Hasnah IsmailNurul Khayra, ada iblis pakai toncit berbisik2 di telinga saya, "Apa yang kau dapat haa? Kau hanya dapat SURAT TUNJUK SEBAB!!!".
  • Azmi Abe Mie tepiskan bisikan iblis dgn keikhlasan kita. jgn samakan kita dgn si pencaci n pengfitnah . kan g2 cg
  • Mohd Yusri Ibrahim Sebagai pendidik, kita berhadapan dengan dua wajah berbeza; 

    (i) Anak2 didik yang menduduki bangku sekolah. Sama ada mereka murid kita sepenuh masa atau murid sekolah lain, statusnya adalah sama. Mereka adalah insan mulia. Allah mengangkat darjat yang tinggi untuk mereka. Andai mereka mati dalam keadaan niat mereka betul, mati mereka dikira syahid dalam jihad fiisabilillah. Malaikat sentiasa membentangkan sayap membawa rahmat Allah kpd mereka. Andai mereka tidak berkemampuan dalam kewangan, pemerintah Islam wajib mengagihkan zakat kepada mereka. Begitulah mulianya mereka. Kegagalan seseorang guru menunaikan hak mereka, pastinya pembalasan yg perit menanti di sisi Allah. Sebaliknya guru yg menunaikan hak mereka, atau berkhidmat melebihi hak mereka, pastinya mendapat ganjaran yang besar daripada Allah yang maha kaya itu.

    (ii) Wajah segelintir pegawai pendidikan (sesetengahnya bukan pegawai pun, hanya penyelia je) yang menjadi alat dan perkakas orang lain. Majoriti mereka ini tidak kompeten pun dalam tugas. Mereka menduduki pos itu kerana ada kabel2 politik dan tangan2 ghaib yg mencatur. Wajah mereka sgt hodoh dan meloyakan. Mereka tidak menumpukan sepenuhnya kpd tugas dan amanah yg diberi, sebalilnya sibuk berpolitik di dalam organisasi pendidikan dan di luar organisasi. Menjelang musim pilihanraya, mereka akan create pelbagai program utk menghimpunkan guru supaya boleh bertemu dan dikempen oleh orang2 politik yg menjadi gembala mereka. Mereka melakukan tanpa malu dan segan, tersengih-sengih dgn wajah yg menjelekkan. Mereka turut menjadi mata dan telinga orang politik utk mengenal pasti cikgu2 yg tidak sealiran dgn tuan mereka, serta memikirkan apakah pembalasan yg sesuai utk cikgu2 tersebut. Jumlah mereka hanya kecil, tapi memberi kesan besar kpd dunia pendidikan. Pegawai2 lain di pejabat dan di jabatan pendidikan khususnya yg kompeten dgn tugas turut meluat dgn perangai jamban mereka.

    Sebagai guru yang baik, berusahalah dgn gigih utk wajah yg pertama tadi, persetankan wajah kedua yang buruk itu.
  • Nur Aeis Gantikan bisikan jahat itu dengan bayangan indah teguhnya pepohon yang berbuah lebat di tepi jalan, lemparan batu dibalas dengan manisnya buah.
  • Rugayah Rog Lawan iblis tu...x rugi begitu...serlahkn jasamu...seikhlas hatimu..balasan Allah sudah tentu...
  • Sabarriah Shukur Salam, Fariza , sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bertaqwa dan mereka orang yang baik. Yang utama ialah niat untuk beramal...peduli apa pun yang datang menghalang. ..teruskan niat itu...Semoga terus kuat / tabah/gagah/ berdaya jitu utk mencapai niat yang bsik itu....
  • Fariza Nurbaya Terima kasih semua. Terima kasih Dr Mohd Yusri Ibrahim. Frasa 'perangai jamban' memang tragis walaupun memang seharusnya begitulah!!
  • Anisah A. Mubin Takpa Za, Kerja buat yang dilakukan dengan ikhlas dan tekun akan menjadi ibadat di sisi Allah insyaallah. Ketepikan yang remeh dan yang temeh...
  • Fariza Nurbaya Persoalan harga diri, reputasi, persepsi, dimalukan bukan suatu perkara yang remeh-temeh pada saya, Kak Nisah. Tak tahulah orang lain...
  • Ustaz Abdul Manan Ali Farizaaa jangan terlalu memaksa dirimu. Kalau kita sakit terlantar dihospital. Kita dan keluarga jugak yang susah. Orang lain hanya tumpang simpati saja. Anyway keep up the good work.
  • Moktar Hussain First time jumpa 'sambalewa'.
  • Papa Hensems tahniah... begituksh
  • Fadzilah Amzah atas semua kerja yang ikhlas, Allah akan beri ganjaran yang setimpal.
  • Fariza Nurbaya Terima kasih sahabatku Ustaz Abdul Manan Ali atas doanya...