Selasa, Julai 17, 2007

14 PEDOMAN HIDUP MANUSIA

1. Musuh Utama manusia ialah dirinya sendiri
2. Kegagalan utama manusia ialah kesombongan
3. Kebodohan utama manusia ialah sifatnya yang penipu dan munafik
4. Kesedihan utama manusia ialah sifat iri hati
5. Kesalahan utama manusia adalah mengabaikan dirinya sendiri
6. Dosa utama manusia ialah menipu dirinya sendiri
7. Sifat utama manusia yang menyedihkan ialah perasaan rendah diri
8. Sifat manusia yang terpuji ialah semangat dan keuletannya(tabah/ kuat/ liat)
9. Kehancuran besar manusia ialahrasa putus asa
10. Harta utama manusia ialah kesihatannya
11. Hutang terbesar manusia ialah hutang budi
12. Hadiah utama manusia ialah berlapang dada dan pemaaf
13. Kekurangan terbesar manusia ialah sifat keluh kesah dan tidak bijaksana
14. Ketenteraman dan kedamaian utama manusia ialah berdana dan beramal

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kekandaku,
kenapakah dan mengapakah kita berhak tahu secebis dari tanda2 akan berpisahnya jasad dan roh ini?tak lain tak bukan agar kalau masih ada senggang waktu, dapat kita luang sejenak waktu2 yang bakal memisahkan kita dengan insan-insan tersayang.akan tetapi Allah itu maha hebat secerdik mana pun ma nusia itu sebisa manapun khalifah itu akan saat kematian itu tetap menjadi rahsia dalam rahsiaNya.

kekanda tersayang,
Akan halnya kita ini yang hanya wajib kita persembahkan ialah amalan salih yang tanpa mengenal saban waktu.apa yang kita takutkan bila mana suatu pagi kita hendak bangkit dari tidur tiba-tiba terdengar suara tangisan anak-anak kita,isteri kita, suami kita, atau siapa-siapa sahaja yang menyayangi akan kita kerana tangisan hanya berlaku di kalangan orang yang sayang pada kita...sedang kita tak dapat berbuat apa-apa sedang sekalian manusia yang kian ramai mendatang mengucap takziah kepada yang masih hidup kita makin kaku dan beku menunggu waktu berada di usungan menuju kuburan.Papa...aku akan mengenang saat itu hatta airmata ini sudah hampir kering merindui suaramu,leteranmu dan kata-katamu seorang bapa yang melahirkan 11 zuriat manusia yang hari ini hanya berhak mendoakan kebahagianmu di alam sana berkampung bersama para syuhada' auliya' dan anbiya'.

sekian,sekadar rindu yang tak pernah padam

Tanpa Nama berkata...

ayahanda..

kami rindu kamu
kami sayang kamu
tiada sepicing pun saat terleka dari mengingatimu
saban kali melalui pusaramu
kami sentiasa menitipkan salam assalamualaikum pa dan ahli kubur
moga kamu bahagia di duniamu di sana
alam persinggahan menuju alam akhirat

salam sayang + rindu buatmu
ayahanda tercinta