Isnin, Disember 10, 2007


Sambutan Hari Keluarga Haji Muhammad

Tempat : Sweet Beach Resot, Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan.

Tarikh : 6 - 7 November 2007

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadikan akar umbi keluarga kita kuat dan teguh adalah kita..Keluarga kita milik kita, acuan kita, tanggungjawab kita.JANGANlah ada sepunyit pun rasa benci dalam diri.JANGAN ada rasa dengki dalam sanubari.JANGAN ada dendam dalam hati.JANGAN.. JANGAN...JANGAN!!!Ingat gemulah ayahanda kita betapa kuatnya akar dalam jiwanya.Mengajak kita menjejaki sekian kerabat yang melata.Tapi, apabila 'dia' pergi kita tersasar dalam mengenal saudara dekat yang jauh.Tidak salah kita membaja tautan ukhhuwah ini agar ia terus mekar sepanjang zaman.Buat anak-anak kita yang bakal menjadi dewasa sedikit masa lagi, ayuh kita bina ketahanan diri.Rasa cinta mendalam terhadap kerabat.Bukankah itu pesanan ayahanda??Bukan tidak pernah airmata ini mengalir lesu dan pilu mengenang hasrat ayahnda yang tidak kesampaian melihat kita berganding bahu mencipta sejarah 'HARI KELUARGA 1 CIKGU MAT'..seandainya dia melihat penyatuan keluarga ini pasti 'dia' terharu kerana gembira.

Tanpa Nama berkata...

Betul, kalau pa masih ada, pasti dialah orang yang paling gembira melihat kita anak beranak bersatu dan terus teguh sebagai satu keluarga. Sebab itulah keluarga kita bersatu teguh, kalau ada sedikit terlebih kurang jangan kita jadikan kudis, kita buang jau-jauh.