23 JUN 2006 , ayahanda tercinta, HAJI MUHAMMAD BIN ABDULLAH kembali ke rahmatullah pada pukul 5.45 pagi subuh hari Jumaat. Arwah ayahanda telah terjatuh selepas mesyuarat terakhir pada malam tadi. Semoga roh ayahanda dicucurkan rahmat dan termasuk dalam para solihin dan orang-orang yang dicintai oleh Allah SWT. Kehilangan ayahanda sangat dirasai kami sekeluarga. Semoga ibunda tercinta tabah menghadapi dunia ini tanpa tiada lagi pa di sisi. Al-Fatihah.
2 ulasan:
Tokoh Guru Besut meninggal dunia
KOTA BHARU 24 Jun – Bekas guru, Muhammad Abdullah, 62, (gambar) yang mempunyai 15 ahli keluarga sebagai guru, meninggal dunia semalam kerana serangan jantung.
Muhammad yang juga bekas Tokoh Guru daerah Besut pada tahun 2004 meninggal dunia di Hospital Jertih, kira-kira pukul 5 pagi selepas muntah-muntah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hasmah Awang, 62, dan 11 orang anak dengan lapan darinya terlibat dalam profesion perguruan selain tujuh orang menantunya.
Hasmah berkata, kira-kira pukul 12 malam, Allahyarham muntah-muntah dan tidak bermaya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
‘‘Bagaimanapun selepas tidak berapa lama dimasukkan ke wad, Allahyarham meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di Kampung Pusu Tinggi, Jertih.
Kisah Allahyarham yang mempunyai keluarga sebagai guru itu pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia sempena Hari Guru pada 16 Mei lalu.
Menurut Hasmah, Allahyarham walaupun ada tanda-tanda mengidap penyakit darah tinggi kelihatan sihat dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan.
‘‘Malam semalam, Allahyarham selaku Ketua cawangan UMNO Pusu Tinggi mempengerusikan mesyuarat cawangan di rumah saya dalam keadaan baik,” katanya yang menyifatkan Allahyarham merupakan seorang suami yang baik dan mengambil berat terhadap keluarga dan pendidikan anak-anak.
Tambahnya, dalam mesyuarat itu Allahyarham telah melepaskan jawatan yang disandang sejak sekian lama untuk memberi laluan kepada pemimpin muda kerana mahu menumpukan kepada hal ehwal agama dan masjid sahaja.
‘‘Saya tidak menyangka tindakan Allahyarham melepaskan jawatan itu rupa-rupanya dia hendak meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung itu selepas solat Asar petang semalam.
marilah kita semua anak-anak Allahyarham Muhammad Abdullah al-Haj mnedoakan untuk kebahagiaannya di sana.Sama-sama kita menjaga dan membelai bonda kita satu-satunya insan tersayang yang melahir dan membesarkan kita sehingga kita menjadi kita pada hari ini.
Catat Ulasan