Sabtu, Jun 17, 2006
Madinatul Munawaarah..
Kesempatan untuk mengunjungi bandar Rasulullah S.A.W, kota bercahaya al-Madinah Munawwarah akhirnya tercapai juga setelah kami akhirnya terpilih menjadi tetamunya pada musim haji yang lepas. Bandar Madinah seolah-olah tersenyum menyambut kami. Madinah, sebuah bandar bersejarah menjadi impian setiap muslim untuk mengunjunginya. Setiap inci buminya mempunyai sejarah, lalu dipilih oleh Allah S.W.T sebagai tempat perpindahan dan persemadian Rasul-Nya, serta para sahabat, juga menjadi tempat tadahan wahyu. Sesungguhnya kota ini mempunyai banyak keistimewannya. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram dan berdoa untuk keberkatan ahli-ahlinya.
Cuaca yang dingin, bandarnya yang aman menyejukkan hati.. bandar yang menjadi tempat bersemadinya kekasih Allah ini tetap akan aman dan tenang sampai bila-bila.. Aku akan datang lagi!! Tunggu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
tazkirah buat seluruh umat Islam di mana-mana jua pun anda berada. Bukan nak memaksa tapi nak mengingatkan bahawa usia kita ini sudah sampai ke senja.Ada duit lebih ke,dapat naik gaji ke, anjakan gaji ke,cepat2lah daftar haji.Tak kiralah tuan-tuan atau puan2 nak pergi dengan Muassasah ke atau pakej ke...yang penting kemahuan dan keazaman.
Ingatlah bahawa masa muda ni kita nak guna banyak tenaga.Haji ni satu ibadat yang guna tenaga 100%.Kalau dah tua + bangka lak tu manalah ada kudrat.Mungkin menyusahkan orang lain di sana.Ada baby carilah pengasuh yang sesuai.Betul ni,hukumnya wajib bagi kita.Kereta 2-3 buah,rumah 2-3 buah...takkanlah tak nak pegi lagi kot.
Jangan kau kata tak sampai seru.Ajaran Islam ini cukup sempurna.Sudah lama nabi kita menyeru kita agar buat haji bagi yang mampu.Takkan X mampu kot.Aku takut kau orang 'mampus' dulu sebelum kau pegi Baitullah.
Buat Hajah Fariza, TAHNIAH anda sudah terpilih menjadi tetamu Allah.Semoga Allah memberkati hidupmu sekeluarga.
Nyanyi sikit...
Allah selamatkan Kamu..
Allah selamatkan Kamu..
Allah selamatkan kamu semua..
Allah selamatkan kamu.
Wa 'ila lliqa'
ma'assalamah
betul tu, aku sokong kau 100%. kita ni boleh habiskan duit untuk perkara lain. kereta beratus ribu boleh beli, perabot rumah yang mahal-mahal boleh beli, simpanan puluhan ribu tapi masih berfikir-fikir untuk pergi haji. takkan tak sampai seru. aku ni nak pegi sangat tapi, duit pulak tak dak. takkan nak pegi pinjam bank atau along lak.
alhamdulillah.segala puji bagi Allah.Macam saya katakan dulu,kalau ada kemahuan dan keazaman insyaallah Dia akan tolong kita permudahkan segala keinginan.lebih2 lagi kalau dahj sampai ke sana, hati ini rasa nak perrgi dan pergi dan pergi sokmo.Rindu rasanya pada suasana bumi anbiya' umpama salju sejuk menyelinap ke dalam sukma nan syahdu.Aku rindu padaMu.Aku rindu pada kekasihMu.Di Raudhah,cinta seakan bersatu.Bertemumu walau maqammu semata adalah airmata mengenang perjuanganmu wahai kekasih Allah.Semangatmu tak pernah luntur.Kesucian jiwamu adalah segala titik pertemuan kenapa hati insan2 yang lemah di mata manusia menjadi kuat jiwa dan raga.Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.
datang seru itu maknanya kemahuan kita sendiri. tak datang lagi seru maknanya kita sendiri yang tak mahu. berdoalah agar kita dipilih oleh Allah. untuk dipilih, kita sendiri mesti ada kemahuan. Jadi, tidak timbul soal ada duit atau tidak, yang penting jika kita bersedia, Allah akan bagi kelapangan...termasuklah duit. percayalah, jika mahu pergi, Allah akan beri kelapangan itu. Semuanya terletak pada kita..
Catat Ulasan