Dari Stadium Gong Badak, kami ke rumah Puan Salwa. Terima kasih buat Puan Salwa SK Gong Badak dan suami yang sudi menjamu teman-teman dengan ICT, SCT, satar dan otak-otak. Orang Ganu memang berbudi. 
Posing lagi sebelum pulang....
Dah kenyang makan, sempat pula bergambar. Kak Rohaida pula dapat melepaskan rindunya kepada kucing-kucingnya. Terima kasih juga buat Kak Nor Khatimah dan suami, Tuan Haji Yusuf yang bersusah lelah menguruskan pembelian keropok lekor Seberang Takir tempahan rakan-rakan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Moga murah rezeki Kak Nur sekeluarga terutama selepas dapat GC DG54 ni, moga rezeki makin berlimpah-rauh. 
Hari ini, selesai tugas untuk negara, bersama Awang Rajuk dan anak-anak ke Shah Alam untuk menghantar Kak Eina dan bermalam di Summit USJ, Subang Jaya. Kenapa tak bermalam di Shah Alam saja? Kata Kak Eina, kat sana tidak ada panggung wayang. Kasihan Abu Zar dan Husin yang kempunan nak menonton wayang. Maklumlah, Teranung Kite tak ada panggung! Teringin betul mereka nak menonton Jangan Pandang Belakang Congkak dan Ice Age 3. Awang Rajuk pula nak menonton Drag Me To Hell. Menonton sakanlah mereka malam ini. GSC Cinemas di bangunan sebelah saja. Tapi, yang hebatnya Kak Eina telah menonton 3 filem dalam satu malam!!!P/S.. maaf Kak Zana kerana "mencuri" gambar-gambar dari portal Kak Zana harap halalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan